Followers

Thursday, December 29, 2011

Balik kampung...

waaaaaaaaarrrggggghhhh...kawan-kawan aku sume dah balik ler,aku x balik ag,,tunggu..tunggu..esok aku sampai..hehehehh adoi macam x sabar ja nak jumpa depa ni...dekat fb semua pakat sebut sal rindu dah,,hak3 baru raya hari tu jumpa dah rindu...hehehe..besa la kalau semua balik.mesti ada events punya..hak3 xsabaq2.asiah dok mcg aku dah soh balik...aku pun xsabaq nih.....kami dua dok mana pun nak gaduh ja...kalau jumpa lagi la..hahahahhah.jumpa ni mesti ada banyak cerita kan....hehehe tunggu ya.....
✿ Realiti Kehidupan ✿

Tuesday, December 27, 2011

Bicara Hati

Assalamualaikum...
nak tanya korang tahu apa itu sahabat?apa perbezaannya dengan kawan atau teman?urmmmmm....sahabat adalah seorang teman yang selalu bersama kita diwaktu susah dan senang,xkira di mana jua berada dia juga yang tebaik.. tapi kalau kawan atau teman cuma wujud di waktu kita bahagi sahaja.mmmmmmmm......kisah tentang aku. Waktu aku tingkatan6 aku x tahu la aku ada kawan ke x?urmmm mungkin kawan tu ramai la tapi sahabat tu dah xde..susah sebenarnya nak jadi n cari seoarang sahabat ni.. seseorang yang hati macam aku ni susah... apa yang aku nak kalau berkawan tu biar la sampai bila bak kata orang "sharing is caring" tapi hari tu pernah sekali aku kecewa kerana kawan la... sebab tu,sejak ari tu aku just berkawan tak dak kongsi apa2.. aku sudah penat menyerah hati dan perasaan kat orang.. itulah kata kawan aku,,dia cakap kalau berkawan jangan terlalu cepat menyerah hati dan perasaan nanti kita juga yang sakit....sejak itu hati aku dan tertutup untuk itu...apa yang aku sekarang ialah mereka sahabat aku asiah,nina,wawa,mimi,ain,asni n wani..yg paling rapat dengan asiah la..mungkin sebab dunia aku belum luas lagi..tapi aku harap mereka tetap di hati aku.. dulu hati aku cepat sangat untuk menyayangi..then susah pulak untuk meninggalkan.. sebenarnya dan pada hakikatnya susah untuk menyayangi seseorang ni... kalau aku dah sayang aku susah untuk melupakan..ntah la terlalu kuat,,serius aku cakap hati belum ada sapa2 lagi yang ada cuma ada family aku n sahabat2 aku sahaja..
✿ Realiti Kehidupan ✿

Perjuangan yang sudah berakhir....

apa citer sekarang??huhuh...dah brapa minggu aku habis exam?urmmm aku boring juga,tapi kekadang seronok juga..huhuh.lepas exam ni aku banyak habis masa ngan family..hahaha terasa dekat di hati,.semakin sayang semakin rindu lar..then dengan kengkawan dah jarang.dah wat hal masing2 dah..huhuh.
habis exam aku gerak pergi bukit merah dengan ppu group..wat jamuan kat sana best..aku balik umah, kakak aku dah tunggu nak bawa aku gi KL plak...huhu dok kat KL plak 3 hari,,pergi teman kakak je,,dia ada kursus,.g jalan gak la..pastu balik terus aku g Penang,,hehehe,,,sekarang ni aku menetap kat penang la dengan kakak aku..,,jalan2 cari makan..sekarang hati aku rasa tenang sekali..xperlu fikir pasal orang kecuali my family..aku dah xde orang lain selain mereka yang selalu bantu aku time susah dan senang..kawan-kawan mungkin dah jauh dari aku,,tapi asiah,nina,wawa,asni,wani tetap di hati aku walau kat mana aku pergi sekali pun,,susah nak dapat kawan macam dorang sebab tu walaupun kami berjauhan kami still contacts lagi then mereka tetap yang terbaik bagi aku,susah untuk aku melupakan mereka,,xpernah jemu walaupun dah selalu jumpa,,hehehe.urmmmmmm lepas ni aku kena fikir tentang perjalanan hidup aku di mana aku mahu letakkan diri lepas ni??? walaupun aku baru habis belajar tapi otak aku masih fikir "lepas ni aku nak belajar apa" itulah soalan yang selalu bermain difikiran aku.. sepatutnya aku kena fikir "kat mana aku nak kerja lepas ni" urmm sama sekali tidak terlintas di hati aku...tapi walau macamanapun aku tetap kena fikir pasal kerja dulu,,untuk bantu diri aku sendiri dan kurangkan beban mak ayah aku untuk tanggung aku,,aku pun xmau mengharap sepenuhnya terhadap family aku, memang aku x pernah kerja kilang sebelum ni,tapi aku kena cuba juga lama2 ok la kot,,kata orang belum cuba belum tahu..kehidupan aku selepas tamat form6 penuh dengan gelak tawa with family..kakak aku pun dah pindah Penang then selalu balik kampung jenguk mak ayah. sungguh bahagia bagi aku saat ini.sejak kak aku balik sini kami satu family selalu bersama pergi jalan2, pergi makan so happy..saat ini yang aku tunggu selama ni. Pada 25/12/2011 baru ni hari krismas... semua family aku balik dari sulung sampai la ke bongsu...wah rasa bahagia,,sempat kami berkongsi duit buta makan2..tu la aktiviti yang selalu kami buat kalau semua balik..tapi aku tak menyumbang apa2 pun..hahahaha cuma tolong p beli and perhabiskan saja..hik3..result mybe keluar bulan 3 ni,,aku harap2 dapat yang terbaik la,,tapi kan baru ni mak aku cakap dia mimpi result aku,Nak tau dapat berapa?tapi mak xcakap semua dia cakap dia mimpi aku dapat 2A.. kalau aku dapat camtu pun dah alhamdulillah dah bagi aku,,tapi kalau lebih baik lagi bagus kan?urmm harap2 camtu la..sama2 kita berdoa.so wat kengkawan sye asiah,nina,wawa,asni,ain,n wani harap lepas ni kita dapat berjumpa lagi dab kekalkan hubungan kita selamanya...love u all thanks for all my sister n brother..then my parents n my friend for ever.. miss u all in my heart.




I LOVE U ALL..........


✿ Realiti Kehidupan ✿

Tuesday, October 25, 2011

“Doa itu senjata orang mukmin"- Doa Memohon Kekuatan



Ya Allah Ya Tuhanku..
permudahkanlah segala urusan kamidi dunia dan akhirat ya Allah..
Ya Allah aku mohon padaMu Ya Allah,
Berikanlah kekuatan kepadaku  dan sahabatku yang lain
 dalam menimba ilmuMU yang sangat luas ini ya Allah..
berikan kami kekuatan dalam menghadapi hari-hari yang amat sugar bagi kami ya Allah..
permudahkanlah segala urusan kami ya Allah..
sesungguhnya kami adalah hambaMu yang sangat lemah ya Allah..
Ya Allah berkati segala usaha kami dalam mengecapi kejayaan ya Allah..
Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ya Allah..
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui isi hati kami ya Allah..
hanya padaMu kami berserah dan kami memohon ya Allah..
kuatkanlah iman kami ya Allah..
buka pintu hati kami untu menerima rahmat dah hidayahMu ya Allah..
ya Allah teguhkanla pendirian kami dalam menjawab peperiksaan kelak..
tenangkanlah hati kami...
buka lah minda kami ya Allah..
kuatkanlah ingatan kami..
jauhkan diri kami dari perkara-perkara mungkar ya Allah..
tetapkan pilihan kami dalam peperiksaan kelak ya Allah..
Ya Allah Ya Rahman Ya rahim...
berilah kejayaan kami di dunia dan akhirat ya Allah..


saya mohon rakan di fb dan yg melawat blok ni doakan kejayaan kami 
untuk perjuangan kami di hari STPM 21/11/2011..semoga ALLAH berkati hidup kalian semua terima kasih..



✿ Realiti Kehidupan ✿

Monday, October 17, 2011

Detik-detik Akhir Perjuangan.

Assalamualaikum.......hari ni sudah bertarikh 18/10/2011 tinggal lagi 34 hari lagi STPM nak datang..aduh sakit rasanya hari ni,,,penat tak terdaya..memenuhi ruang-ruang yang ada untuk mendapatkan hasil yang lumayan,akan ku cuba buktikan..masa makan makan sanggup ku korbankan,,bertarikh 14/12/2011 tarikh keramat akan berakhir,akan hilangla rasa penat sakit ni..maka hasilnya akan dinantikan pula....ntah la kita hanya mampu usaha berdoa dan di selitkan dengan tawakal..hurmmmm macam-macam dugaan.Hari ini aku bersyukur Allah anugerahkan aku insan-insan yang mulia dalam hidup aku yang tak pernah berputus asa mencurah semangat, memberi dorongan yang datang dari lunak hati mereka....alhamdulillah kekalkan hubungan aku dengan insan-insan yang mulia ini dalam hidupku buat selamanya...pada waktu ini bagi mereka yang sepejuangan dengan aku janganlah sesekali merasa rendah diri, dan menyendiri juga aku tujukan untuk diri aku sendiri...waktu ni lah emosi semuanya rasa tak stabil..aku dah mula pekakkan telinga aku, bahagia rupanya bertindak sebegini....rasa sakit hati dipingggirkan.kuatkan diri aku bersama mereka untuk meneruskan perjuangan ni...tak pernah seumur hidup aku mentelaah sekuat ini...Alhamdulillah Allah berikan aku kekuatan bersama mereka....doakan kejayaan aku,,tq
✿ Realiti Kehidupan ✿

Friday, October 7, 2011

THis dAy is foR mE..

Before this I want to say sorry when what I write in english wrong but my english is bad,I just want to try write in english to improve..with this I can search any word what I don't know..
so sorry, all friend can help me..
I think this day is very good..my nephew from KL come back to my home again after raya,,haha
then a few days before this I got new niece in my family,,,,hhahahah so happy
I want to inroduce my nephew and niece to all members...

My baby in 2011
Nur Farzana Insyirah so nice....
5 days years old

fisrt baby in this year...
Nur Aina Azzahra 4 month years old

Muhammad Aidil Azzahari...brother to aina
2 years old

Muhammad Afiq Iqbal..my love 
6 years old

my 3rd nephew Muhammad Zaiful Imran
9 years old

second Nurul Syazlin no picture,,sorry

the fisrt Muhammad Khairul Fitri
13 years old

their presence gives me happiness in live..every day their is my catharsis.I always miss them.
Thanks for all sister and brother....l love you all 

✿ Realiti Kehidupan ✿

Tuesday, October 4, 2011

Just want to Say...

Assalamualaikumm....."just want to say good bye" huhuhu..agak2 sesuai x?ina dah ngantuk sebenarnya ni,tapi perlu teruskan lagi untuk sambung sesi ina untuk menghafal so ina on9 jap untuk kurangkannya leh gitu?hurmmmm...apa-apa pun lepas ni ina nak mintak tolong doakan ina untu STPM ni yek..especially tuk MUET Speaking aku nanti 13/10/2011 berapa hari je lagi..huhuh.dah le aku ni 1st group,,harap2 aku mampu buat yang lebih baik dari trial ni dan hilang rasa gementarku,,taknak ulang kesilapan yang sama sebelum ni.

Ina start exam 21 Nov 2011 paper Pengajian Am 2..nyawa segala paper..tapi insyaallah aku boleh buat...lepas2 trial memang dah xdok diam dah banyak kerja and soooooo penaatt...penat belajar ni x sama dengan penat kita buat kerja dengan fizikal otak letih lagi sebenarnya tapi tu la kan orang tak faham,x boleh nak bandingkan dengan kerja..kadang-kadang balik umah sekarang ni kerja nak marah ja,bukan apa bila cakap penat diorang x faham kita balik yang kena so simpan je la..dari nak megelak kita meninggikan suara dan marah-marah baik diam ja.,waktu malam dalam bilik je time aku dah tak makan dah..bila cakap dengan orang tak kena sikit qeja nak marah so mendiamkan diri lebih baik kan?camtu la sekarang ni memang terlalu penat tapi aku selalu ingat cakap teacher ingat benda ni sekejap saja lepas abis tu semua selesai..penat hilag,sakit hilang semuanya la..

Adesshh.....kekadang memberontak juga aku ni tapi dekat diri sendiri je..bila time tak tahan sangat tuh mula la,,hanya Tuhan saja yang tahu camna.tapi sabar je la kan ni pun untuk diri kita juga..halalkan segala makan minum ina,ilmu dan segala-gala yang dah bagi kat ina..doakan kejayaan ina untuk exam ni yek..rasa macam xmaw tidor,sebab hari esok akan cepat menjelma..huhu pukul 6 baru nak rest pulak..INA SABAR JE LA EK..!!!MAAFKAN SEGALA KESALAHAN INA JIKA ADA MANA-MANA INSAN YANG PERNAH INA SAKITI....JANGAN LUPA DOAKAN SAYA  SAYA NAK EXAM SAYA DAPAT

PENGAJIAN PERNIAGAAN   A
 PENGAJIAN AM                      A
  BAHASA MALAYSIA              A
   GEOGRAFI                                 A
= 4PA


MY BLOG IS MY LIFE...TEMAN SAKITKU

✿ Realiti Kehidupan ✿

Sunday, October 2, 2011

Break for half hour.. :)

salammmmmmm...boleh x kalau nak bersosial sekejap...hhuhuhu..hari ni aku penat sangatttttttttt.,mata aku dah nak mengantuk tapi xboleh tidor lagi kena baca buku tuk esok ada paper.huhuhuhuhuhuuuu baru tadi dapat jadual untuk program kepong,serabut otak aku ni..malam ni mula naik pening dah..ptg tadi stay back kat sek sampai pukul 5 sempat baca pp1 dengan syafiq,balik sek terus pergi hospital balik pukul 7.30 solat then masuk bilik mentelaah..atas katil aku ni dah xpernah kemas sebab buku asyik tidur x abngun kecuali time aku pergi sekolah waktu pagi tu kosong la aku balik ja penuh buku atas kati sampai keesokannya seterusnya macam tu la,,..sekarang ni makan pun dengan buku,tidor dengan buku...xpandai saja sangat..malam ni kena baca pp1 dengan geo terus aku jadi ngokngek...sewel semua ada..sabar ina...sabar...untuk beberapa bulan ja lagi lepas tu ok la balik..esok and hari seterusnya setiap petang ada gerak gempur macam exam betul..macam mana nak study untuk kelas and paper tu....aku cuma ada waktu malam je ni?mana cukup weyhhhhh...kepala aku kena masuk banyak benda gi neyhh..huhuhuhuhuhuhu tolong kuatkan aku....huk3 ni jadual alu sebelum ni nak taw

time aku kat sek = 7.00 a.m - before 6.00 p.m
balik je aku rest kejap sampai maghrib.
dalam bilik = 7.30 p.m - before 2.00 a.m = latihan+omwork+ulangkaji = rest setengah jam je kadang 15 minit berenti mesej jap ke fb ke..xboleh keluar bilik kalau x aku lalai...
 malam aku dah x makan dah...huk3 pelik la plak..
lepas ni jadual aku kena panjangkan lagi masanya..huk3 nak nangis dah ni sorang2 dah xde tempat nak ngadu,ngadu cni boleh la kot...
masa berlalu dengan cepatnya sekarang ni...wekkkk sewel+mereng = ngokngek

urmm enset aku pun dah x bunyi sekarang ni....xdak da orang hantar mesej.nk je aku buang jauh2 lau dapat mesej pun
"ina esok nak nasi lemak ye.."
"ina esk pakai baju apa?"
"ina esok subjek apa?"
"ina esok apa-apa je la tentang keesokannya.............camtu laJOMMM..!!!!


✿ Realiti Kehidupan ✿

Thursday, September 22, 2011

Berduka seketika..

Salam...kembali berblog seketika,ketika ini hatiku sayu sangat,sedih sangat apa la nasib aku sebenarnya nanti..trial ni buat aku givup,,knapa la soalan susah sangat?sakit aku memikirkannya..usaha aku selama ni x berhasil ka?Apa la salah aku....dah ramai yang support aku sekarang ni,tapi kenapa masih x bermaya lagi?penat aku menangis..sedih aku tengok muka cikgu2...aku insan yang x cukup kuat di muka bumi ini.beri la aku kekuatan untuk menghadapi perjuangan ni..camna keputusan aku untuk sebenar?STPM 2011 dah x lama dah..hari demi hari macam2 melanda dalam hidup aku..Ya Allah tolonglah hambaMu ini.. :(
✿ Realiti Kehidupan ✿

Wednesday, September 21, 2011

You Can Count On Me...!!!

Specially dedicated to those close to my heart...


If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
http://www.elyricsworld.com/count_on_me_lyrics_bruno_mars.html
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you


SPECIAL FOR U ALL
k.jue

ex-5sc

my beloved teacher..

my sis
and someone...

i love u all....thanx for everything..




✿ Realiti Kehidupan ✿

Tuesday, September 6, 2011

REUNION vs RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......FRIEND FOR EVER LOVE U ALL

































✿ Realiti Kehidupan ✿

Saturday, August 27, 2011

INSAN YANG MULIA..


Salam kemaafan dihari lebaran yang bakal menjelma..
saat-saat akhir baru kenal seorang insan yang mulia,
penuh dengan kasih sayang dan ketaatan kepada sekalian alam,
hatiku baru tedetik rasa kasih dan sayang,,
insan yang dah lama ku kenal,
tapi baru kurasai kemesraannya..
saat ini aku sedih,
andailah aku temui semuanya sebelum ni mungkin hati ku tak rebah ..
walau apapun terjadi aku bersyukur kepadamu ya Allah,
setelah sekian lama aku nantkan seorang insan yang penuh makna dalam hidupku,
rasa kecewaku,sedihku,sakitku hilang seketika bersamanya..
ku harapkan jangan kau berikan dia hanya seketika buatku,
dia bukanlah insan biasa bagiku,,
seorang guru,seorang ibu yang penuh nilai kasih sayang..
yang sentiasa memikirkan kepentingan orang lain..
dalam 1000 manusia di dunia hanya dia yang ku temui,,
dia insan yang kuat pegangannya,,
ada masa jatuh tapi ku cuba membantu..
alhamdulillah dalam bulan yang penuh mulia ini
Allah teguhkan hatinya dalam menghadapi hari-hari yang perit..
berperang dengan emosi..
tapi di tidak pernah mengalah..
dalam musibah yang Allah berikan ini mula terdetik jalinan ukhwah antara kami..
hadiah yang begitu bermakna buatku untuk ramadhan kali ini,
diriku makin dekat denganmu Ya Allah..
ayat-ayat suci Al-Quran menjadi pertunjuk segalanya..
diriku diajar menerima sesuatu dengan berlapang dada,
terima seadanya dengan bersyukur..
hatiku mula tersentuh dengan alunan suara-suara merdua bacaan aya-ayat suci..
titisan air mataku tidak dapat ku nafikan..
kesayuan hati mendengar kalimah-kalimah Allah...
subhanallah..sungguh besar nikmatmu ya Allah..
aku mohon padaMu semoga Kau teguhkan iman ku,kuatkanla diriku,,
aku berharap segalanya yang baik kekal hingga ke akhir hayatku...insyaAllah.
ku bersyukur padaMu ya Allah..Alhamdulillah

✿ Realiti Kehidupan ✿

Tuesday, August 23, 2011

RAMALAN PP1 2011: BAB 1-TAHAP PERNIAGAAN by cg Azly



NOTA RINGKAS
TAHAP PENGELUARAN
PRIMER
·      Merangkumi aktiviti bagi mendapatkan atau mengeluarkan  sumber-sumber kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan  sumber tersebut dalam bentuk asalnya.
·      Dalam aktiviti perlombongan, pelombong mengeluarkan bijih  timah atau arang batu dari dalam  tanah. Di laut pula, nelayan  menangkap ikan dan memelihara ikan. Dalam aktiviti pertanian, petani bercucuk tanam dan menuai hasilnya.  Manakala di hutan, pembalak menebang pokok bagi  mendapatkan kayu balak.
SEKUNDER
·      Pada tahap  sekunder, sumber-sumber semulajadi (tahap prime) atau  bahan mentah  diproses dan dikilangkan kepada barang siap. 
·      Bijih besi ditukarkan  kepada kepingan besi, kayu balak diproses menjadi papan lapis dan kulit binatang dijadikan kasut serta barangan kulit. Kilang-kilang mengeluarkan tekstil daripada kapas, sutera, bulu binatang atau bahan-bahan sintetik.
·      Contohnya, kilang pemasangan kereta, tayar, enjin dan pelbagai kelengkapan lain yang dikeluarkan oleh  pengeluar alat-alat tersebut.
·      Bagi negara yang tidak mempunyai sumber-sumber semula jadi, mereka masih mampu mengeluarkan produk sekunder dengan mengimport bahan mentah tersebut.

TERTIER
·      Tahap perniagaan yang menghasilkan produk yang tidak ketara/perkhidmatan
·      Contohnya: syarikat pengangkutan yang menghantar produk melalui udara, air dan laut, pos, telekom, hotel, bank, insurans dan kewangan.
·      Doktor, peguam, akuantan, guru dan jurutera juga termasuk dalam  tahap perniagaan ini.

TAHAP INDUSTRI
Perniagaan barangan industri adalah perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada pembuat/syarikat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya/tranformasi/tambah nilai bagi dijual semula/ menghasilkan produk 

HULUAN
·       Perniagaan utama / teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber semula  jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.
·       Peringkat industri yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap atau
·       Barang siap yang akan digunakan dalam aktiviti pengeluaran lain
·       Contoh: Industri yang mengeluarkan susu getah,  perusahaan kayu balak, kilang padi, dan lain-lain

HILIRAN
·       Tahap perniagaan yang berlaku selepas tahap huluan
·       Meliputi aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan lain.
·       Contoh: Perniagaan yang menghasilkan tayar getad daripada susu getah, perusahaan kilang kayu lapis, kilang arang kayu dan perabot yang diwujudkan daripada perusahaan kayu balak.

TAHAP PASARAN
DOMESTIK
·      Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan di antara peniaga - peniaga tempatan dalam sempadan sesebuah negara.
·      Satu sistem politik, tiada masalah sekatan modal /untung oleh kerajaan .
·      Satu sistem perundangan hanya terikat perundangan dalam negara.
·      Melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam Negara/tempatan
·      Termasuk peniaga borong dan runcit.
·      Melibatkan penggunaan mata wang yang sama
·      Dikenakan cukai yang berkaitan dalam negeri  seperti cukai syarikat,  dll
·      Cth: tayar getah yang dihasilkan pengeluar malaysia dijual kepada
·      Pengguna dalam pasaran malaysia sahaja
ANTARABANGSA
·      Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniaga tempatan dengan peniaga negara asing.
·      Terdapat pelbagai sistem politik kerana pelbagai negara, wujud pelbagai sekatan.
·      Punyai pelbagai sistem perundangan - terdapat pelbagai undang-undang dalaman setiap negara .
·      Penjualan produk kepada pengguna asing di luar negara
·      Termasuk perniagaan eksport, import dan entreport.
·      Melibatkan penggunaan mata wang negara yang berlainan
·      Tambahan kepada cukai import yang dikenakan kepada barang dari luar negara dan juga cukai eksport yang dikenakan kepada  barangan daripada luar negara
·      Cth: pengeluar tayar getah di malaysia mengeksport tayar getah ke Negara lain.



SOALAN 1

Jelaskan bagaimana perabot yang digunakan oleh pengguna akhir berkembang mengikut tahap perniagaan yang berikut:
          i.   Primer
          ii.  Tertier
          iii. Sekunder [6]


CADANGAN JAWAPAN:

i. Primer
Aktiviti pengeluaran bahan mentah, berasaskan ekstraktif @ pertanian
Contoh : industri pembalakan – ekstrak kayu dari hutan

ii. Sekunder
Memproses sumber bahan dari tahap primer
Aktiviti pembuatan dan pemprosesan
Contoh : Kilang perabot – menggunakan kayu dari hasil pembalakan, diproses, diketam, memotong, memasang menjadi perabot

iii. Tertier
Penjualan /pengagihan barang siap  kepada pengguna
Contoh : Kedai perabot yang membeli perabot dari kilang perabot untuk dijual kepada pengguna akhir.

SOALAN 2

Jelaskan maksud perniagaan tahap tertier dan berikan empat contoh perniagaan tersebut.[3]

CADANGAN JAWAPAN:

Perniagaan tahap tertier ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan produk yang tidak boleh diproses lagi atau produk tidak ketara

Contoh-contoh:
  1. Perkhidmatan langsung spt doktor dan pendandan rambut
  2. Perkhidmatan penghantaran & pengangkutan spt DHL
  3. Perkhidmatan bank spt perkhidmatan pinjaman, simpanan , pembayaran yg disediakan oleh Maybank (M) Bhd
  4. Perkhidmatan insurans-cth perlindungan risiko yg disediakan oleh Takaful Malaysia
  5. Perkhidmatan perhotelan-cth penginapan yg disediakan Hotel Seri Malaysia
  6. Perkhidmatan telekomunikasi-perkgidmatan internet yg disediakan oleh Telekom Malaysia Bhd
  7. Perkhimdtan pergudangan
  8. Perkhidmatan hospital

SOALAN 3


Jelaskan maksud perniagaan tahap huluan dan berikan contoh. [STPM 2000] [3]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud: Perniagaan huluan
ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif [1]/ pengeluaran bahan mentah / berasaskan bahan mentah [1]
contoh : Bagi industri perabot, perniagaan huluannya ialah pembalakan, bagi industri tayar, perniagaan huluannya ialah penanaman getah/ memproses susu getah [1]


SOALAN 4

Jelaskan maksud perniagaan berasaskan pengeluaran barangan industri dan berikan contoh.  [STPM 2007] [3]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:          
Perniagaan barangan industri adalah perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada pembuat/syarikat lain (1m) dan barangan tersebut diproses seterusnya/tranformasi/tambah nilai bagi dijual semula/ menghasilkan produk  (1m).
               
Contoh:           
Papan yang dihasilkan oleh kilang papan dibeli oleh pengilang perabot untuk diproses seterusnya kepada produk berasaskan kayu seperti perabot, pintu dan sebagainya. (1m)


SOALAN 4



Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangannya kepada negara.[13]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:
  1. Perniagaan yang beroperasi dalam negara (1m)
  2. Menggunakan sumber/input /kewangan yang terdapat dalam negara (1m)
  3. Pasaran/pelanggan dalam negara (1m)
Peranannya:
  1. Memberi pendapatan kepada negara (1m) - melalui sebarang cukai perniagaan(1m).
  2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan (1m) – mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan kadar gunatenaga negara (1m).
  3. Membangunkan peluang perniagaan (1m) - meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas (pengangkutan, makanan, pembekalan).(1m)
  4. Menjimatkan pertukaran asing (1m) – melalui penggunaan sumber tempatan  / mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara (1m).
  5. Membangunkan modal insan (1m) – kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan.(1m)

SOALAN 5


Berikan maksud perniagaan antarabangsa dan  jelaskan empat sumbangan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah negara.[7]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:
  1. Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniaga tempatan dengan peniaga negara asing.
  2. Perniagaan antarabangsa samada kecil @ besar merujuk kpd perniagaan yg memasarkan produknya dlm 2 @ lebih negara.
  3. Bermula dgn aktiviti eksport samada di peringkat serantau spt antara negara2 Amerika Latin,Jepun dan Amerika Utara.
  4. Perniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.pengkibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di peringkat global.operasi perniagaan selaunya berpusat di negara sendiri.

SUMBANGAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA KEPADA SESEBUAH NEGARA
  1. Negara dapat kemasukan teknologi/kepakaran  baru
  2. Negara dapat menambahkan pendapatan negara melalui cukai eksport dan import
  3. Negara dapat mengeratkan hubungan dua hala antara negara terlibat
  4. Negara dapat meningkatkan pelaburan asing/modal asing
  5. Meningkatkan peluang pekerjaan/negara dapat mengurangkan kadar pengangguran

SOALAN 6 [KES]

Koperasi Peladang Belara terlibat dalam perladangan kelapa sawit yang membekalkan hasil keluarannya kepada Sri Murni Sdn Bhd yang mengeluarkan pelbagai produk berasaskan minyak kelapa sawit untuk pasaran dalam dan luar negara. Di antara pengedar  utamanya ialah Pasar Mini Karida.
Bincangkan operasi ketiga-tiga organisasi perniagaan di atas dalam aspek  aktiviti dan kedudukannya di dalam tahap pengeluaran, tahap industri dan tahap pasaran.      [12]

CADANGAN JAWAPAN:

Tahap\Entiti
Koperasi Peladang Belara
[F= ½m, H= ½m]
Sri Murni Sdn Bhd
[F= ½m, H= ½m]
Pasar Mini Karida
[F= ½m, H= ½m]

Aktiviti
Pengeluaran[½]   Ekstraktif
-Aktiviti pertanian -perladangan kelapa sawit[½]
Pengeluaran-Perkilangan
-Pemprosesan Minyak kelapa sawit –produk pengguna
Perkhidmatan- Perdagangan-mengedarkan produk berasaskan minyak kelapa sawit kepada pengguna akhir
Tahap Pengeluaran
Primer[½]- huraian[½]
Sekunder- huraian
Tertier- huraian
Tahap Industri
Huluan- huraian
Hiliran- huraian
Hiliran- huraian
Tahap Pasaran
Domestik- huraian
Domestik& Antarabangsa- huraian
Domestik- huraian



SOALAN 7

Jelaskan aktiviti pengeluaran pada tahap perniagaan primer, sekunder, dan tertiar bagi penghasilan produk kasut sukan.[stpm 2009 S3b] [15]

CADANGAN JAWAPAN

Tahap primer 
  1. Aktiviti perniagaan mengeluarkan/mengekstrak sumber asli (½m) yang akan digunakan untuk proses pengeluaran selanjutnya.(½ m) 
  2. Usahawan mengurus tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan sumber bahan mentah 
  3. komponen utama membuat kasut sukan ialah getah, kapas dan kulit 
  4. Aktiviti menoreh pokok getah untuk mendapatkan susu getah. 
  5. Aktiviti mengutip dan mengumpul kapas dari pokok kapas. 
  6. Aktiviti mendapatkan dan mengumpul kulit haiwan. 
Tahap sekunder
  1. Aktiviti perniagaan yang memproses bahan mentah ( ½ m) kepada barang siap atau barang separuh siap 
  2. Pengilang-pengilang akan membeli getah dan kapas untuk ditukar bentuk dan tambah nilai (1m) 
  3. Getah dijadikan kepingan material/tapak kasut/badan kasut (1m) 
  4. Kapas dijadikan kain/tali kasut/bahagian atas kasut/kanvas (1m) 
  5. Kulit dijadikan bahagian atas kasut/pelapik dalam kasut (1m) 
  6. Bahan-bahan ini digabung dan diproses oleh pengusaha dengan menggunakan sumber manusia, kewangan dan teknologi untuk menghasilkan kasut sukan (1m) 
Tahap tertiar
  1. Aktiviti perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tak ketara ( ½m) yang tidak boleh diproses lagi 
  2. Usahawan mendapatkan perkhidmatan perbankan – mendapat modal melalui pinjaman, menggunakan kemudahan perbankan dan kredit (1m) 
  3. Perkhidmatan Insurans- perlindungan stok kasut daripada risiko seperti kebakaran, kecurian (1m) 
  4. Perkhidmatan Pengangkutan – menghantar/memindahkan stok kasut dari kilang ke tempat jualan (1m) 
  5. Perkhidmatan Komunikasi/ perhubungan – menerima pesanan, memperoleh maklumat pasaran (1m) 
  6. Perkhidmatan pergudangan – menyimpan stok kasut (1m) 
  7. Perkhidmatan pengedaran – saluran-saluran agihan seperti pemborong, peruncit dan ejen yang membolehkan kasut diedar ke pasaran (1m) 
  8. Perkhidmatan pemasaran – melibatkan aktiviti 4P untuk memasarkan kasut kepada pelanggan (1m)

✿ Realiti Kehidupan ✿