Followers

Tuesday, August 23, 2011

RAMALAN PP1 2011: BAB 1-TAHAP PERNIAGAAN by cg Azly



NOTA RINGKAS
TAHAP PENGELUARAN
PRIMER
·      Merangkumi aktiviti bagi mendapatkan atau mengeluarkan  sumber-sumber kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan  sumber tersebut dalam bentuk asalnya.
·      Dalam aktiviti perlombongan, pelombong mengeluarkan bijih  timah atau arang batu dari dalam  tanah. Di laut pula, nelayan  menangkap ikan dan memelihara ikan. Dalam aktiviti pertanian, petani bercucuk tanam dan menuai hasilnya.  Manakala di hutan, pembalak menebang pokok bagi  mendapatkan kayu balak.
SEKUNDER
·      Pada tahap  sekunder, sumber-sumber semulajadi (tahap prime) atau  bahan mentah  diproses dan dikilangkan kepada barang siap. 
·      Bijih besi ditukarkan  kepada kepingan besi, kayu balak diproses menjadi papan lapis dan kulit binatang dijadikan kasut serta barangan kulit. Kilang-kilang mengeluarkan tekstil daripada kapas, sutera, bulu binatang atau bahan-bahan sintetik.
·      Contohnya, kilang pemasangan kereta, tayar, enjin dan pelbagai kelengkapan lain yang dikeluarkan oleh  pengeluar alat-alat tersebut.
·      Bagi negara yang tidak mempunyai sumber-sumber semula jadi, mereka masih mampu mengeluarkan produk sekunder dengan mengimport bahan mentah tersebut.

TERTIER
·      Tahap perniagaan yang menghasilkan produk yang tidak ketara/perkhidmatan
·      Contohnya: syarikat pengangkutan yang menghantar produk melalui udara, air dan laut, pos, telekom, hotel, bank, insurans dan kewangan.
·      Doktor, peguam, akuantan, guru dan jurutera juga termasuk dalam  tahap perniagaan ini.

TAHAP INDUSTRI
Perniagaan barangan industri adalah perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada pembuat/syarikat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya/tranformasi/tambah nilai bagi dijual semula/ menghasilkan produk 

HULUAN
·       Perniagaan utama / teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber semula  jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.
·       Peringkat industri yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap atau
·       Barang siap yang akan digunakan dalam aktiviti pengeluaran lain
·       Contoh: Industri yang mengeluarkan susu getah,  perusahaan kayu balak, kilang padi, dan lain-lain

HILIRAN
·       Tahap perniagaan yang berlaku selepas tahap huluan
·       Meliputi aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan lain.
·       Contoh: Perniagaan yang menghasilkan tayar getad daripada susu getah, perusahaan kilang kayu lapis, kilang arang kayu dan perabot yang diwujudkan daripada perusahaan kayu balak.

TAHAP PASARAN
DOMESTIK
·      Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan di antara peniaga - peniaga tempatan dalam sempadan sesebuah negara.
·      Satu sistem politik, tiada masalah sekatan modal /untung oleh kerajaan .
·      Satu sistem perundangan hanya terikat perundangan dalam negara.
·      Melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam Negara/tempatan
·      Termasuk peniaga borong dan runcit.
·      Melibatkan penggunaan mata wang yang sama
·      Dikenakan cukai yang berkaitan dalam negeri  seperti cukai syarikat,  dll
·      Cth: tayar getah yang dihasilkan pengeluar malaysia dijual kepada
·      Pengguna dalam pasaran malaysia sahaja
ANTARABANGSA
·      Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniaga tempatan dengan peniaga negara asing.
·      Terdapat pelbagai sistem politik kerana pelbagai negara, wujud pelbagai sekatan.
·      Punyai pelbagai sistem perundangan - terdapat pelbagai undang-undang dalaman setiap negara .
·      Penjualan produk kepada pengguna asing di luar negara
·      Termasuk perniagaan eksport, import dan entreport.
·      Melibatkan penggunaan mata wang negara yang berlainan
·      Tambahan kepada cukai import yang dikenakan kepada barang dari luar negara dan juga cukai eksport yang dikenakan kepada  barangan daripada luar negara
·      Cth: pengeluar tayar getah di malaysia mengeksport tayar getah ke Negara lain.



SOALAN 1

Jelaskan bagaimana perabot yang digunakan oleh pengguna akhir berkembang mengikut tahap perniagaan yang berikut:
          i.   Primer
          ii.  Tertier
          iii. Sekunder [6]


CADANGAN JAWAPAN:

i. Primer
Aktiviti pengeluaran bahan mentah, berasaskan ekstraktif @ pertanian
Contoh : industri pembalakan – ekstrak kayu dari hutan

ii. Sekunder
Memproses sumber bahan dari tahap primer
Aktiviti pembuatan dan pemprosesan
Contoh : Kilang perabot – menggunakan kayu dari hasil pembalakan, diproses, diketam, memotong, memasang menjadi perabot

iii. Tertier
Penjualan /pengagihan barang siap  kepada pengguna
Contoh : Kedai perabot yang membeli perabot dari kilang perabot untuk dijual kepada pengguna akhir.

SOALAN 2

Jelaskan maksud perniagaan tahap tertier dan berikan empat contoh perniagaan tersebut.[3]

CADANGAN JAWAPAN:

Perniagaan tahap tertier ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan produk yang tidak boleh diproses lagi atau produk tidak ketara

Contoh-contoh:
  1. Perkhidmatan langsung spt doktor dan pendandan rambut
  2. Perkhidmatan penghantaran & pengangkutan spt DHL
  3. Perkhidmatan bank spt perkhidmatan pinjaman, simpanan , pembayaran yg disediakan oleh Maybank (M) Bhd
  4. Perkhidmatan insurans-cth perlindungan risiko yg disediakan oleh Takaful Malaysia
  5. Perkhidmatan perhotelan-cth penginapan yg disediakan Hotel Seri Malaysia
  6. Perkhidmatan telekomunikasi-perkgidmatan internet yg disediakan oleh Telekom Malaysia Bhd
  7. Perkhimdtan pergudangan
  8. Perkhidmatan hospital

SOALAN 3


Jelaskan maksud perniagaan tahap huluan dan berikan contoh. [STPM 2000] [3]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud: Perniagaan huluan
ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif [1]/ pengeluaran bahan mentah / berasaskan bahan mentah [1]
contoh : Bagi industri perabot, perniagaan huluannya ialah pembalakan, bagi industri tayar, perniagaan huluannya ialah penanaman getah/ memproses susu getah [1]


SOALAN 4

Jelaskan maksud perniagaan berasaskan pengeluaran barangan industri dan berikan contoh.  [STPM 2007] [3]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:          
Perniagaan barangan industri adalah perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada pembuat/syarikat lain (1m) dan barangan tersebut diproses seterusnya/tranformasi/tambah nilai bagi dijual semula/ menghasilkan produk  (1m).
               
Contoh:           
Papan yang dihasilkan oleh kilang papan dibeli oleh pengilang perabot untuk diproses seterusnya kepada produk berasaskan kayu seperti perabot, pintu dan sebagainya. (1m)


SOALAN 4



Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangannya kepada negara.[13]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:
  1. Perniagaan yang beroperasi dalam negara (1m)
  2. Menggunakan sumber/input /kewangan yang terdapat dalam negara (1m)
  3. Pasaran/pelanggan dalam negara (1m)
Peranannya:
  1. Memberi pendapatan kepada negara (1m) - melalui sebarang cukai perniagaan(1m).
  2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan (1m) – mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan kadar gunatenaga negara (1m).
  3. Membangunkan peluang perniagaan (1m) - meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas (pengangkutan, makanan, pembekalan).(1m)
  4. Menjimatkan pertukaran asing (1m) – melalui penggunaan sumber tempatan  / mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara (1m).
  5. Membangunkan modal insan (1m) – kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan.(1m)

SOALAN 5


Berikan maksud perniagaan antarabangsa dan  jelaskan empat sumbangan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah negara.[7]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:
  1. Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniaga tempatan dengan peniaga negara asing.
  2. Perniagaan antarabangsa samada kecil @ besar merujuk kpd perniagaan yg memasarkan produknya dlm 2 @ lebih negara.
  3. Bermula dgn aktiviti eksport samada di peringkat serantau spt antara negara2 Amerika Latin,Jepun dan Amerika Utara.
  4. Perniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.pengkibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di peringkat global.operasi perniagaan selaunya berpusat di negara sendiri.

SUMBANGAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA KEPADA SESEBUAH NEGARA
  1. Negara dapat kemasukan teknologi/kepakaran  baru
  2. Negara dapat menambahkan pendapatan negara melalui cukai eksport dan import
  3. Negara dapat mengeratkan hubungan dua hala antara negara terlibat
  4. Negara dapat meningkatkan pelaburan asing/modal asing
  5. Meningkatkan peluang pekerjaan/negara dapat mengurangkan kadar pengangguran

SOALAN 6 [KES]

Koperasi Peladang Belara terlibat dalam perladangan kelapa sawit yang membekalkan hasil keluarannya kepada Sri Murni Sdn Bhd yang mengeluarkan pelbagai produk berasaskan minyak kelapa sawit untuk pasaran dalam dan luar negara. Di antara pengedar  utamanya ialah Pasar Mini Karida.
Bincangkan operasi ketiga-tiga organisasi perniagaan di atas dalam aspek  aktiviti dan kedudukannya di dalam tahap pengeluaran, tahap industri dan tahap pasaran.      [12]

CADANGAN JAWAPAN:

Tahap\Entiti
Koperasi Peladang Belara
[F= ½m, H= ½m]
Sri Murni Sdn Bhd
[F= ½m, H= ½m]
Pasar Mini Karida
[F= ½m, H= ½m]

Aktiviti
Pengeluaran[½]   Ekstraktif
-Aktiviti pertanian -perladangan kelapa sawit[½]
Pengeluaran-Perkilangan
-Pemprosesan Minyak kelapa sawit –produk pengguna
Perkhidmatan- Perdagangan-mengedarkan produk berasaskan minyak kelapa sawit kepada pengguna akhir
Tahap Pengeluaran
Primer[½]- huraian[½]
Sekunder- huraian
Tertier- huraian
Tahap Industri
Huluan- huraian
Hiliran- huraian
Hiliran- huraian
Tahap Pasaran
Domestik- huraian
Domestik& Antarabangsa- huraian
Domestik- huraian



SOALAN 7

Jelaskan aktiviti pengeluaran pada tahap perniagaan primer, sekunder, dan tertiar bagi penghasilan produk kasut sukan.[stpm 2009 S3b] [15]

CADANGAN JAWAPAN

Tahap primer 
  1. Aktiviti perniagaan mengeluarkan/mengekstrak sumber asli (½m) yang akan digunakan untuk proses pengeluaran selanjutnya.(½ m) 
  2. Usahawan mengurus tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan sumber bahan mentah 
  3. komponen utama membuat kasut sukan ialah getah, kapas dan kulit 
  4. Aktiviti menoreh pokok getah untuk mendapatkan susu getah. 
  5. Aktiviti mengutip dan mengumpul kapas dari pokok kapas. 
  6. Aktiviti mendapatkan dan mengumpul kulit haiwan. 
Tahap sekunder
  1. Aktiviti perniagaan yang memproses bahan mentah ( ½ m) kepada barang siap atau barang separuh siap 
  2. Pengilang-pengilang akan membeli getah dan kapas untuk ditukar bentuk dan tambah nilai (1m) 
  3. Getah dijadikan kepingan material/tapak kasut/badan kasut (1m) 
  4. Kapas dijadikan kain/tali kasut/bahagian atas kasut/kanvas (1m) 
  5. Kulit dijadikan bahagian atas kasut/pelapik dalam kasut (1m) 
  6. Bahan-bahan ini digabung dan diproses oleh pengusaha dengan menggunakan sumber manusia, kewangan dan teknologi untuk menghasilkan kasut sukan (1m) 
Tahap tertiar
  1. Aktiviti perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tak ketara ( ½m) yang tidak boleh diproses lagi 
  2. Usahawan mendapatkan perkhidmatan perbankan – mendapat modal melalui pinjaman, menggunakan kemudahan perbankan dan kredit (1m) 
  3. Perkhidmatan Insurans- perlindungan stok kasut daripada risiko seperti kebakaran, kecurian (1m) 
  4. Perkhidmatan Pengangkutan – menghantar/memindahkan stok kasut dari kilang ke tempat jualan (1m) 
  5. Perkhidmatan Komunikasi/ perhubungan – menerima pesanan, memperoleh maklumat pasaran (1m) 
  6. Perkhidmatan pergudangan – menyimpan stok kasut (1m) 
  7. Perkhidmatan pengedaran – saluran-saluran agihan seperti pemborong, peruncit dan ejen yang membolehkan kasut diedar ke pasaran (1m) 
  8. Perkhidmatan pemasaran – melibatkan aktiviti 4P untuk memasarkan kasut kepada pelanggan (1m)

✿ Realiti Kehidupan ✿

No comments:

Post a Comment