Geografi Alam sekitar manusia
Tema 1 – Penduduk
Konsep | HURAIAN |
1. Penduduk sebagai sumber | Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan perubahan terhdp landskap fizikal di sesebuah kwsn. |
2. Pola taburan penduduk: stpm 2008 | Sebaran penduduk disesuatu kwsn di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kwsn. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu padat terdapat di kwsn bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kwsn pekan kecil seperti Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kwsn pedalaman, gurun dan kwsn berpaya. |
3. Kadar Pertumbuhan Penduduk: stpm 2007 | Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan (sederhana), statik ( sifar) atau berkurangan (bawah sifar) bagi satu-satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun). Kadar ini mrjk kepada satu-satu kwsn tertentu seperti negara, wilayah, dunia. Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) – kadar kematian (KM) + kadar migrasi bersih (KMB) |
4. Konsep Lebihan Penduduk : | Keadaan dimana jmlh penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yg ada dlm sesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu: lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat sedikit atau sudah habis digunakan dan lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi utk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung. |
5. Penduduk kurangan | Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit berbanding dgn jmlh sumber s/jadi yg ada. |
6. Penduduk Optimun | Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber pengeluaran khususnya sumber alam berbanding dgn tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimun. |
7. Piramid Penduduk | Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur, paksi mendatar menunjukan peratusan atau jmlh jantina lelaki dan perempuan |
8. Piramid Progresif | Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: jmlh penduduk muda yg ramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat penduduk rendah, nisbah tanggungan tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial rendah |
Konsep | Huraian |
9. Piramid Regresif (peralihan) | Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran rendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr segi ekonomi tinggi, tahap pembangunan ekonomi lebih maju. |
10. Piramid penduduk stabil | Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran yg sgt rendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt penduduk tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial sgt maju. |
11. Piramid Penduduk terganggu | Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau stabil yg menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan spt dasar saiz keluarga kecil. |
12. Model peralihan Demografi | Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi atau perubahan kependudukan yg dialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini dan pada masa akan datang. |
13. Mobiliti ruang | Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kwsn atau antara kwsn sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang. |
14. Mobiliti sosial | Mrjk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah dari kwsn mundur ke kwsn maju. |
15. Migrasi | Mrjkk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa. |
16. Migrasi Dalaman : (tema 1) | Perpindahan penduduk dlm negara, iaitu perpindahan yg tidak merentasi sempadan sesebuah negara. |
17. Migrasi Antarabangsa (tema 1) stpm 2007 | Perpindahan atau pergerakan penduduk yg merentasi sempadan negara atau antarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh ke Malaysia. |
18. Imigrasi | Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kwsn |
19. Emigrasi | Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kwsn |
20. Migrasi bersih | Mrjk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi |
21. Daya tampung Persekitaran fizikal | Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara utk menampung keperluan penduduk pd aras tertentu di sesebuah kwsn. |
21. Daya tampung sumber alam | Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi keperluan penduduk pd tempoh tertentu. |
Tema 2 – Pembangunan Ekonomi : Pertanian
Konsep | Huraian |
1. Pertanian pindah | Sejenis pertanian sara diri ringkas yg berkonsepkan pindah tapak mengikut perpindahan org-org asli. Dikenali dgn pelbagai nama Ladang di M’sia, Huma di Indon, Caingin di Filipina, Tamrai di Thai, Tuangnya di Myanmar dan Hay di Laos. |
2. Pertanian Sara diri Intensif | Diusahakan giat setempat, utk keperluan keluarga, lebihan hasil akan dijual. Lebih maju dari pertanian pindah. |
3. Pertanian Kebun kecil | Berkonsepkan kpd aktiviti pertanian bukan bijirin, bersifat separuh komersial dan campuran antara perkebunan secara jualan dgn yg digunakan utk keluarga. |
4. Pertanian Perladangan ekstensif | Berkonsepkan komersial sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi, pengurusan sistematik serta berorientasikan pasaran dan keuntungan. |
5. Bioteknologi pertanian: (tema 2) stpm 2008 | Proses atau teknologi menggunakan sains hayat/biologi spt mikroorganisma, haiwan & tumbuhan utk mengatasi masalah pertanian & menghasilkan produk pertanian yg berkualiti. Kaedah ini dibahagikan kpd dua iaitu: Pengklonan yg merupakan proses menghasilkan benih tanaman atau haiwan ternakan drp tisu pokok atau haiwan yg sama kandungan genetiknya dgn induk bagi menghasilkan jumlah yg lebih byk. Kacukan hibrid ialah proses memindahkan genetik secara semula jadi drp dua organisma yg sama untuk menghasilkan anak benih yg baru. |
6. Industri asas tani: (tema 2) stpm 2006 | Salah satu subsektor perkilangan yg menghasilkan produk makanan & bukan makanan yg menggunakan bhn keluaran pertanian spt getah, k/sawit, herba, & padi sebagai bhn mentah. |
7. Produk Pertanian Jenama M’sia Best | Mula diperkenalkan pd 28 Jun 2003. Pd peringkat permulaan betik, mangga, tembikai, nenas dan belimbing dilabelkan seterusnya diperluaskan kpd produk lain spt hasil ternakan, sayuran dan perikanan. Jenama ini membuktikan produk pertanian M’sia berkualiti dan mempunyai keselamatan mengikut standard piawaian pertanian antarabangsa. |
8. Pembangunan: (tema 2) stpm 2008 | Proses perubahan taraf hidup penduduk melalui perubahan dlm sektor ekonomi, misalnya berubah drp ekonomi pertanian kpd ekonomi perindustrian, perubahan dlm peningkatan pendapatan misalnya, drp petani kpd peniaga, perubahan dlm aspek teknologi misalnya penggunaan teknologi maklumat dlm kehidupan & peningkatan dlm sektor pendidikan serta peningkatan dlm kualiti hidup penduduk di sesuatu kwsn. |
Tema 2 – Pembangunan Ekonomi-Perikanan
Konsep | Huraian |
1. Perikanan Pinggir Pantai | Dijalankan di kws laut cetek iaitu di kws pentas benua tidak melebihi 32 km dr pantai dan 180 m kedalaman laut. Cth Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau. |
2. Perikanan Laut Dalam | Dijalankan di perairan antarabangsa spt Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Jarak melebihi 32 km dr pantai dan kedalaman laut melebihi 180 m. |
3. Perikanan Akuakultur | Merupakan sub sektor perikanan yg amat penting sbg pelengkap kpd sektor perikanan laut di M’sia. Menyumbang kira-kira 20% drp jmlh tangkapan ikan di M’sia. Terbahagi dua: a) perikanan air tawar b) perikanan air payau/ air masin (marinkultur) |
4. Echo sounder | Satu peralatan perikanan yg digunakan untuk mengetahui kedalaman air , keadaan dasar laut, kedudukan ikan, dan tempat-tempat baru penangkapan ikan. |
5. Penyahhutanan | Penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pembukaan kws ladang pertanian, pembinaan kwsn petempatan dan industri dan ditengelami air utk projek hidro elektrik. |
6. Tenaga Biojisim | Bahan buangan dan sisa organik spt sisa tumbuhan, sisa tanaman dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah sarap. |
7. Industri Perkilangan: (tema 2) | Industri pemprosesan & pembuatan berasaskan sumber & bukan berasaskan sumber yg tergolong dlm sektor sekunder. Perkilangan yg berasaskan sumber byk bergantung kpd sumber bhn mentah drp sektor primer spt pertanian & Perlombongan. |
8. Industri Kecil dan Sederhana: (tema 2) | Adalah sekumpulan industri atau perusahaan pembuatan yg berskala kecil & sederhana. Skala industri boleh diukur dgn bilangan pekerja sesebuah kilang/firma, saiz modal yg dilaburkan & mungkin jmlh nilai perniagaan utk satu-satu tempoh tertentu. Di Malaysia misalnya, industri yg menggunakan kurang dari 50 pekerja, dianggap sbg industri kecil dan yg menggunakan kurang daripada 150 orang pekerja di anggap sbg industri sederhana. Walaupun IKS byk terlibat dlm memproses atau membuat makanan dam minuman dan dimiliki oleh individu atau syarikat kecil, tetapi pd masa ini sudah ada IKS yg ditubuhkan atau ditaja sbg vendor syarikat besar spt Proton. |
9. Estet Perindustrian | Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri yg besar di sesuatu tempat yg tlh dikhaskan oleh kerajaan dlm kwsn zon perdagangan bebas (FTZ). |
10. Sektor Perkhidmatan | Dikenali juga sbg sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini membekalkan perkhidmatankpd pengguna. |
11. Ekopelancongan | Aktiviti pelancongan yg berkembang berasaskan sumber s/jadi pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air tejun/jeram, tasik, sungai, gua batu kapur. |
12. Agropelancongan | Aktiviti pelancongan berkaitan pertanian spt di Cameron Highland |
13. Akuapelancongan | Aktiviti pelancongan berkaitan akuakultur konsep homestay. |
14. Pelancongan Kesihatan | Kedatangan pelancong utk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional. |
15. Pelancongan pendidikan | Menggalakkan aktiviti sambil belajar khususnya di kalangan pelajar sekolah. |
16. Pelancongan budaya dan warisan sejarah | Pelancongan di kwsn tinggalan sejarah, tapak arkeologi, dan muzium |
17. Pelancongan MICE | Delegasi pelancong yg menghadiri seminar, persidangan, pameran dan simposium. |
18. Pelancongan kapal mewah | Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah spy Star Cruise dan Star Leo |
19. Pelancongan Sukan Dan rekreasi | Aktiviti pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi spt Formula One di Sepang, Power Boat di Tasik Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil. |
Tema 3 – Transformasi Desa dan Pembandaran
Konsep | Huraian |
1. Transformasi Desa: stpm 2007 | Proses perubahan yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kwsn desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah dr hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja-kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari dan migrasi ke bandar berkurangan. |
2. Pembandaran Desa: | Bermaksud melengkapkan kwsn desa dgn kemudahan serta perkhidmatan bandar yg asas spt bekalan elektrik, air, alat komunikasi, pendidikan menengah dan tinggi, perubatan/kesihatan. Secara tidak langsung dgn kemudahan dan perkhidmatan tersebut penduduk desa tidak perlu berhijrah ke bandar utk menikmati kehidupan bandar krn kwsn desa juga soalah-olah tlh menjadi bandar. |
3. Pembangunan tidak seimbang | Bermaksud aras kemajuan sosioekonomi yg tidak samarata dicapai dlm sesebuah negara atau wilayah. |
4. Dasar | Satu set keputusan tentang matlamat, strategi, serta tindakan atau program pembangunan yg perlu dan blh dilaksanakan bg mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah. |
5. Pembangunan In- situ | Menekankan pembangunan fizikal desa spt penyediaan kemudahan asas yg lengkap dan sempurna, bekalan elektrik, air, j/raya, telekomunikasi, penyedian rumah rakyat (PPRT) serta pusat pertumbuhan ekonomi desa. |
6. Pembangunan Pertanian bersepadu | Pakej pembangunan luar bandar yg mengabungjalinkan segala sumber, tenaga dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmikan kemiskinan desa. |
7. Pembangunan wilayah | Satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yg dikenal pasti mundur bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru. Cth, Wilayah Jengka, Kejora, Ketengah, Dara, Kesedar. |
Konsep | Huraian |
8. Pembandaran/ Urbanisasi | Proses perubahan sesuatu kws drp luar bandar kpd bandar atau bandar kecil yg berkembang menjadi lbh besar dan bersifat kompleks. Meliputi aspek berikut: a) pertambahan jmlh penduduk di bandar b) perluasan saiz bandar c) perubahan kegiatan ekonomi tradisional kpd ekonomi moden d) perubahan cara hidup |
9. Ketersampaian: stpm 2005 | Aras atau kualiti dari segi mudah atau sukarnya sesebuah kws dikunjungi. Ia bergantung kpd kewujudan dan kecekapan jaringan pengangkutan. Kualiti ketersampaian fizikal dinilai berdasarkan jarak fizikal, masa dan kos yg terlibat dlm perjalanan. |
10. Bandaraya Primat: | Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di Thailand dan Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5 kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta migrasi bandar secara memusat ke bandar utama. |
11. Rebakan Bandar | Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran. |
12. Subbandar | Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur. |
13. Metropolis | Bandar yg telah mencapai jmlh penduduk melebihi 1 juta org. |
14. Megalopolis | Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan mempunyai penduduk melebihi 10 juta org. |
15. Kornubasi bandar: | Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya. |
16. Bandar Satelit | Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur. |
17. Setinggan | Satu proses menduduki bangunan atau tanah yg bukan hak milik secara tidak sah di sisi undang-undang. Merupakan petempatan haram di kws tanah yg bukan hak milik penghuninya s/ada di kws tanah kerajaan, swasta atau individu. |
Tema 4 – Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
KONSEP | HURAIAN |
1. Globalisasi Ekonomi: (tema 4) stpm 2007 | Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan. |
2. Liberalisasi ekonomi | Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas. |
3. Deregulasi ekonomi | Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll. |
4. Kerja sama serantau: | Pakatan kerjasama antara negara-negara jiran dalam satu rantau atau wilayah yang sama seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Biasanya negara-negara berkenaan telah bersepakat dan bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu untuk memenuhi kepentingan bersama atau mencapai keadaan menang-menang. Kerjasama serantau ini seperti kerjasama ekonomi, sosial, politik atau kebudayaan. Contohnya kerjasama serantau yang terkenal ialah ASEAN. |
5. Kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA): stpm 2005 | ialah satu persetujuan dalam kalangan negara ASEAN untuk kemudahan memasarkan barangan keluaran negara anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkan langsung duti import bagi membolehkan kemasukan barangan secara bebas dari negara anggota ASEAN. |
6. APEC | Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ialah satu pertubuhan separuh rasmi yg tlh dibentuk melalui persidangan pertama pd November 1989 di Canberra, Australia. |
7. Segi Tiga Pertumbuhan (GT) | Merujuk kpd kerjasama ekonomi pd kws yg lbh kecil di dlm wilayah ASEAN yg melibatkan tiga atau empat buah negara jiran. Cth, IMT-GT yg melibatkan Indon-M’sia-Thai |
8. Deklarasi Langkawi | Di keluarkan olh ketua-ketua negara Komanwel di Langkawi pd 21 Oktober 1998 berkaitan persetujuan bersama negara-negara Komanwel utk menjaga, melindungi, & menguruskan alam sekitar secara mapan. |
Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya
Konsep | Huraian |
1. Pengurusan Alam Sekitar: stpm 2006 | Usaha dan tindakan merancang dan mengawal selia kelestarian alam sekitar menerusi keupayaan daya tampung sumber alam sekitar ke arah mencapai pembangunan mapan dan berterusan. Pengurusan alam sekitar mencakupi usaha penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan. |
2. Pembangunan Lestari: stpm 2007 | Pembangunan yang tidak merosakkan sumber alam dan alam sekitar atau pembangunan mesra alam, iaitu yang dirancang dan mengambil kira kepentingan alam sekitar. Dalam pembangunan lestari, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diambil berat. Misalnya, dalam kes pembalakan, satu pokok ditebang perlu diganti dengan satu pokok baru melalui program penanaman semula hutan. Tujuan utama pembangunan lestari ialah memberi manfaat dan memenuhi keperluan bukan sahaja genarasi hari ini tetapi juga generasi akan datang. |
3. Pemeliharaan dan Pemuliharaan alam sekitar : stpm 2008 | Pemeliharaan mrjk kpd langkah memelihara alam sekitar drp sebarang kerosakan atau kemusnahan akibat di eksploitasi olh manusia secara keterlaluan dan tidak terancang. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah hutan simpan. Pemuliharaan mrjk kpd langkah membaik pulih alam sekitar yg semakin terancam dan menghadapi kepupusan atau kehabisan. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah penanaman semula dan rawatan sisa. |
4. Pemanasan Global | Mrjk kepada peningkatan suhu dunia yg diakibatkan olh kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. |
5. Kesan Rumah Hijau | Mrjk kpd kewujudan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida dan metana yg bertindak membenarkan bahangan m/hari masuk tetapi memerangkap bahangan bumi dr keluar ke angkasa lepas. |
6. Penipisan lapisan ozon | Mrjk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga molekul oksigen yg membentuk ozon akibat serangan gas CFC dan Halon. |
7. Penggurunan | Mrjk kpd pembesaran saiz gurun yg sedia ada hingga melampaui kws pinggirnya atau yg menukarkan sesuatu kws yg sebelum ini bukan gurun kpd ciri-ciri gurun yg tandus dan gersang. |
8. Penyahhutanan | Bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pertanian, pembinaan petempatan dll. |
9. Pencemaran udara | Mrjk kpd kehadiran bahan pemcemar udara khususnya gas-gas rumah hijau. Manakala jerebu mrjk kpd kehadiran partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, dan habuk di dalam keadaan cuaca kering. |
No comments:
Post a Comment