Followers

Monday, July 18, 2011

KITARAN HIDROLOGI

Apa Itu Hidrologi ?

Satu penelitian sainstifik tentang kitaran air

“The siencetific studies of the properties, distribution and effects of water in the earth’s surface and the soil and underlying rocks and the atmosphere”.


FASA AIR

Fasa air :

·        Cecair
·        Pepejal – salji
·        Gas – wap air


Kitaran Air






Kitar Hidrologi

1.Pertukaran air yang berterusan dalam pbagai bentuk seperti wap, cecair, dan pepejal yang melibatkan berbagai ruang sama ada ruang hidrosfera, atmosfera,biosfera dan litosfera

2.Tiada permulaan dan tiada penamat yang mutlak

Faktor :

1.    Suhu
2.    Jumlah permukaan terdedah
3.    Peranan tumbuhan (kurang tumbuhan makna kurang kadar sejatpeluhan tumbuhan membebaskan wap air sambil proses fotosintesis)


PROSES MENDATAR

Larian Air Permukaan

Baki air hujan yang mengalir sama ada di permukaan bumi, sub permukaan bumi atau sungai setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak dengan air yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan digunakan oleh tumbuhan.


Faktor yang mempengaruhi kadar air larian pemukaan :

1.    Kecerunan permukaan/gradien
2.    Intensiti hujan/kepesatan hujan
3.    Tempoh masa hujan
4.    Litupan tumbuhan – menyebabkan cegatan silara berlaku
5.    Keporosan tanih – dilitupi atau tidak
6.    Jenis permukaan


Aliran air bawah tanah

·        Pengaliran air bawah permukaan tanih menjadikan tanih sebagai medium utama
·        Berlaku secara menegak mendatar



Faktor Mempengaruhi air bawah tanah:

1.    Geologi batuan
2.    Jumlah liang pori tanih
3.    Litupan tumbuhan
4.    Jumlah hujan
5.    Simpanan air tanih sedia ada





Alir lintang atmosfera

·        Pergerakan air di ruang atmosfera secara mendatar dan menukar pelbagai bentuk fizikal air
·        Contoh : Proses menjadikan bentuk dan saiz awan lebih besar


PROSES MENEGAK

Penyusupan / Infiltrasi

·        Pergerakan air hujan yang berlaku secara menegak menerusi liang pori atau menerusi ruang udara yang ada dalam tanah


Faktor Mempengaruhi kadar penyusupan air:

1.    Litupan tumbuhan
2.    Jumlah permukaan tidak telap air
3.    Jenis tanih
4.    Tempoh masa hujan
5.    Intensiti hujan
6.    Kecerunan
7.    Kandungn air dalam tanah
8.    Komposisi saiz butiran tanih


Perpeluhan / transpirasi

·        Kehilangan wap air melalui liang stomata daun
·        95% kehilangan wap air melalui liang stomata pada waktu siang


Faktor Mempengaruhi proses transpirasi :

1.    Suhu
2.    Tekanan wap
3.    Luas pmukaan daun
4.    Warna daun
5.    Orientasi daun – rimbunan daun menghadap ke tmpat tbuka dn terdedah pd angin
6.    Angin


Cegatan silara / pintasan

·        Halangan daripada tumbuhan terhadap air hujan yang turun
·        Halangan ini datang dari daun, ranting, dahan batang yang menyebabkan tidak 100% air hujan sampai ke bumi


Sejatan
·        Proses pertukaran air dari bentuk cecair atau pepejal ke bentuk wap air atau gas
·        Berlaku apabila tekanan wap di permukaan air seperti lautan, tasik, sungai, telaga, empangan dan sebagainya lebih tinggi daripada tekanan wap dalam atmosfera.


Faktor Mempengaruhi Proses Sejatan :

1.    Suhu
2.    Angin
3.    Kelembapan bandingan – kelembapan udara yang sebenarnya dan dibandingkan dengan keupayaan sebenar untuk tampung air
4.    Luas permukaan air
5.    Tekanan wap
6.    Kemasinan air



Sejat-peluhan / evapotranspiration

Kombinasi antara sejatan dan permukaan air, sejatan dari storan lembapan tanih dengan perpeluhan oleh tumbuhan




Faktor Mempengaruhi sejat peluhan :

1.    Suhu
2.    Kelembapan udara
3.    Angin
4.    Sifat kualiti dan kuantiti air
5.    Sifat tumbuhan
6.    Albedo – dipengaruhi warna permukaan


Kerpasan

·        Proses pelepasan air dari awan dalam bentuk hujan, salji dan hujan batu
·        Proses ini merupakan laluan penting bagi air di atmosfera kembali semula ke bumi dan kebanyakan proses berlaku dalam bentuk air hujan


Teori Perbentukan Hujan

Teori Bergeson – Findeisan

1.    Wap air akan tersejat dan berubah terus kepada bentuk ais dalam proses pemeluwapan
2.    Hablur ais akan menarik titisn air ke dalamnya dan mengembang besar apabila menyerap titisan air
3.    Keadaan berlaku dengan cepat apabila terdapat nuklei pemeluwapan
4.    Apabila hablur ais berkembang, hablur ini semakin berat
5.    Tarikan graviti akan menyebabkan hablur ais jatuh dari awan
6.    Semasa turun, hablur ais akan melalui suhu yang panas dan menyebabkan perubahan bentuk berlaku
7.    Hablur ais akan bertukar kepada bentuk cecair dan turun ke bumi sebagai hujan

Jenis Hujan :

1.    Biasa (hujan)
2.    Batu (hail)
3.    Beku (sleet)
4.    Embun (rime)
5.    Salji


Bentuk hujan di Kawasam Tropika :

1.    Hujan perolakan
2.    Hujan bukit (orografi)
3.    Hujan perenggan


IMBANGAN AIR

Definisi:

·        Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera
·        Jumlah kerpasan yang sama banyaknya dengan jumlah air yang mengalami proses sejat peluhan dan perubahan air yang disimpan dalam tanah dan air larian

Rumus :

P = et + st + r

P – Kerpasan
Et – Sejat peluhan
St – Air yang diterima atau hilang daripada lapisan tanah
R – Larian air pmukaan


Faktor :

1.    Hujan lebat luar biasa
2.    Pencairan salji
3.    Fenomena La-Nina
4.    Kejadian tsunami
5.    Letusan gunung berapi
6.    Jatuhan meteor
Kesan Lebihan Air :

1.    Kesan kepada kegiatan pertanian
2.    Kesan kepada kegiatan pengangkutan
3.    Kesan kepada kegiatan perlancongan dan rekreasi
4.    Kesan kepada kegiatan perindustrian
5.    Kesan kepada kegiatan harian penduduk
6.    Kesan kepada kegiatan alam sekitar
- masalah hakisan
- masalah mendapan tanah
- gangguan ekosistem


Langkah-Langkah Mengurangkan Banjir :

1.    Pembinaan terusan
2.    Pembinaan empangan
3.    Mendalam dan meluruskan alur sungai
4.    Pembinaan benteng / tetambak
5.    Mengamalkan pembinaan lestari


Imbangan Negatif dan Kekurangan Air

·        Kejadian kekuranganair dalam sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu
·        Kemarau merujuk kepada keadaan di mana jumlah sejatpeluhan yang melebihi jumlah kerpasan untuk suatu jangkamasa yang panjang di sesebuah kawasan.


Faktor Kekurangan Air :

1.    Perubahan unsur iklim
2.    Fenomena El-Nino
3.    Penyahutanan




KAITAN HIDROLOGI DENGAN MANUSIA

Kesan Kekurangan Air Terhadap Alam Sekitar dan Manusia :

1.    Gangguan ekosistem
2.    Kebakaran hutan
3.    Kelembapan udara berkurangan
4.    Penurunan aras air tanih
5.    Gangguan kepada aktiviti manusia (pertanian, penternakan, pelancongan dan perindustrian)
6.    Jerebu


Langkah Mengatasi Kekurangan Bekalan Air :

1.    Pengekalan kawasan tadahan air
2.    Penggunaan sumber air bawah tanah
3.    Memproses air lombong dan tasik
4.    Kitar semula air
5.    Pembenihan awan
6.    Penyaluran air ke sungai lain
7.    Penuaian air hujan
8.    Penyahgaraman air laut
9.    Pendidikan dan kempen
10.           Catuan air




BANJIR KILAT

Definisi
Peningkatan aras air pemukaan yang berlaku cepat disebabkan curahan hujan yang dalam satu tempoh masa yang singkat dan air surut dengan cepat selepas hujan.





Punca berlakunya banjir kilat :

1.    Kekurangan kawasan telap air
2.    Keamatan hujan yang tinggi
3.    Kurang litupan tumbuhan
4.    Sistem perparitan yang tidak sempurna
5.    Bahan buangan domestik dalam parit, sungai, longkang
6.    Bahan buangan industri
7.    Legeh – tempat permulaan sungai


Kesan banjir kilat kepada aktiviti manusia :

1.    Pengangkutan
·        Trafik akan tergendala

2.  Perindustrian
·        Lokasi industri terletak hampir dengan kawasan banjir kilat

3.  Perniagaan
·        Banyak kedai yang rugi akibat barang-barang masuk air banjir

4.  Pertanian
·        Boleh memusnahkan tanaman
·        Hanyut peralatan pertanian

5.  Perlancongan & rekreasi
·        Aktiviti perlancongan akan terjejas
·        Produk perlancongan musnah
·        Parking banjir
·        Keselesaan (kurung)

6.  Perikanan
·        Memusnahkan kawasan perternakan ikan

7.  Kegiatan harian terganggu
·        Peralatan rumah musnah
·        Mobiliti


Langkah mengatasi banjir kilat :

1.  Memperbaiki dan menyeleggera sistem perparitan
·        Meluruskan aliran sungai

2.  Mendalamkan dan melebarkan sistem perparitan

3.  Menyalurkan limpahan air ke kolam takunagan
·        Contoh macam terowong SMART

4.  Melalui tindakan perundangan
·        Kepada pihak industri kerana longgok bahan buangan di    kawasan rizab sungai/longkang

5.  Kawalan guna tanah bandar
·        Memuat akta untuk elak banjir
·        Tanam pokok di tepi parit/sungai

6.  Mewartakan rizab sungai

7.  Kempen kesedaran

8.  Menghijaukan bandar
·        Tambah litupan tumbuhan
·        Longkang = saluran berkonkrit
·        Parit = tidak berkonkrit (bila air gerak pentas akan tingkatkan    kadar aliran)



Pengaruh manusia terhadap proses kitaran hidrologi :

1.  Pembalakan & penyahhutanan
·        Kurang litupan tumbuhan

2.  Pertanian
·        Proses awal pertanian, guna tanah hutan jadi tanah komersial
·        Tumbuhan dibalak dan sebab berlaku pengumpulan kelodak  dalam sungai
·        Tanaman baru kurang litupan

3.  Pembandaran
·        Berlaku bila wujud pertambuhan bangunan dan rangkaian jalan   raya
·        Sebabkan banyak permukaan tidak telap dan banyak air larian permukaan

4.  Perindustrian
·        Berlaku penimbunan tanah paya dan ganggu kitran hidrologi

5.  Pembinaan empangan
·        Pada peringkat awal telah musnah beribu-ribu hektar hutan
·        Aliran anak sungai masuk 1 kawasan dan terganggu
·        Aliran air adalah dikawal oleh empangan dan jejas kitaran hidrologi secara semula jadi
·        Empangan menyediakan permukaan air yang luas yang membantu proses sejatan permukaan berlaku (positif)

6.  Perhutanan semula
·        Dapat bantu kitaran hidrologi
·        Contoh : tanam pokok di kawasan pembalakan

✿ Realiti Kehidupan ✿

No comments:

Post a Comment