aku mula fikirkan apa nasib aku di hari akan datang,apa nasib mak dan ayah aku, bagaimana harapan keluargaku?apa sebenarnya yang aku mahu?
Di Majlis Menggapai Bintang yang ppu anjurkan untuk raikan bekas-bekas pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti nanti.. terasa kuat keinginan diri aku untuk berada di tempat mereka,mahu lahirkan rasa kegembiraan mak,ayah,abang-abang,dan kakak-kakak aku...tersentuh sekali. sejak hari itu fikiran aku sering terbayang apakah yang bakal ku kecapi kelak?!adakah lahir sebagai seorang yang berguna atau musnahkan segala-galanya..
Ya Allah tabahkan hati aku..wajah mak dan ayah sering terbayang difikiran adakah mereka akan lihat aku dengan tangisan kesedihan atau tangisan gembira?aku mula jinakkan diri dengan kertas-kertas soalan,,mula ringan-ringankan kaki aku berjumpa cikgu,mula manis-maniskan mulut aku untuk bertanyakan soalan..insyaallah moga apa yang aku buat sekarang berkekalan hingga berakhirnya kertas soalan STPM 2011.
Apa yang aku mahu segala-galanya ayah dan mak,kakak dan abang aku mampu berikan tapi tak mungkin aku tak mampu berikan apa yang mereka inginkan?Ya Allah permudahkanlah segala-galanya..
Mak,ayah cek sayang mak..
cek berjanji dengan diri cek,cek akan cuba buktikan kesungguhan cek..
doakan kejayaaan cek..
kak,abang...adik janji adik akan cuba sedaya upaya..
adik akan buktikan apa yang adik dah cakap,,
doakan kejayaan adik,
insyaallah adik tak akan sia-siakan harapan semua..!!!
No comments:
Post a Comment