Followers

Saturday, August 27, 2011

INSAN YANG MULIA..


Salam kemaafan dihari lebaran yang bakal menjelma..
saat-saat akhir baru kenal seorang insan yang mulia,
penuh dengan kasih sayang dan ketaatan kepada sekalian alam,
hatiku baru tedetik rasa kasih dan sayang,,
insan yang dah lama ku kenal,
tapi baru kurasai kemesraannya..
saat ini aku sedih,
andailah aku temui semuanya sebelum ni mungkin hati ku tak rebah ..
walau apapun terjadi aku bersyukur kepadamu ya Allah,
setelah sekian lama aku nantkan seorang insan yang penuh makna dalam hidupku,
rasa kecewaku,sedihku,sakitku hilang seketika bersamanya..
ku harapkan jangan kau berikan dia hanya seketika buatku,
dia bukanlah insan biasa bagiku,,
seorang guru,seorang ibu yang penuh nilai kasih sayang..
yang sentiasa memikirkan kepentingan orang lain..
dalam 1000 manusia di dunia hanya dia yang ku temui,,
dia insan yang kuat pegangannya,,
ada masa jatuh tapi ku cuba membantu..
alhamdulillah dalam bulan yang penuh mulia ini
Allah teguhkan hatinya dalam menghadapi hari-hari yang perit..
berperang dengan emosi..
tapi di tidak pernah mengalah..
dalam musibah yang Allah berikan ini mula terdetik jalinan ukhwah antara kami..
hadiah yang begitu bermakna buatku untuk ramadhan kali ini,
diriku makin dekat denganmu Ya Allah..
ayat-ayat suci Al-Quran menjadi pertunjuk segalanya..
diriku diajar menerima sesuatu dengan berlapang dada,
terima seadanya dengan bersyukur..
hatiku mula tersentuh dengan alunan suara-suara merdua bacaan aya-ayat suci..
titisan air mataku tidak dapat ku nafikan..
kesayuan hati mendengar kalimah-kalimah Allah...
subhanallah..sungguh besar nikmatmu ya Allah..
aku mohon padaMu semoga Kau teguhkan iman ku,kuatkanla diriku,,
aku berharap segalanya yang baik kekal hingga ke akhir hayatku...insyaAllah.
ku bersyukur padaMu ya Allah..Alhamdulillah

✿ Realiti Kehidupan ✿

Tuesday, August 23, 2011

RAMALAN PP1 2011: BAB 1-TAHAP PERNIAGAAN by cg Azly



NOTA RINGKAS
TAHAP PENGELUARAN
PRIMER
·      Merangkumi aktiviti bagi mendapatkan atau mengeluarkan  sumber-sumber kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan  sumber tersebut dalam bentuk asalnya.
·      Dalam aktiviti perlombongan, pelombong mengeluarkan bijih  timah atau arang batu dari dalam  tanah. Di laut pula, nelayan  menangkap ikan dan memelihara ikan. Dalam aktiviti pertanian, petani bercucuk tanam dan menuai hasilnya.  Manakala di hutan, pembalak menebang pokok bagi  mendapatkan kayu balak.
SEKUNDER
·      Pada tahap  sekunder, sumber-sumber semulajadi (tahap prime) atau  bahan mentah  diproses dan dikilangkan kepada barang siap. 
·      Bijih besi ditukarkan  kepada kepingan besi, kayu balak diproses menjadi papan lapis dan kulit binatang dijadikan kasut serta barangan kulit. Kilang-kilang mengeluarkan tekstil daripada kapas, sutera, bulu binatang atau bahan-bahan sintetik.
·      Contohnya, kilang pemasangan kereta, tayar, enjin dan pelbagai kelengkapan lain yang dikeluarkan oleh  pengeluar alat-alat tersebut.
·      Bagi negara yang tidak mempunyai sumber-sumber semula jadi, mereka masih mampu mengeluarkan produk sekunder dengan mengimport bahan mentah tersebut.

TERTIER
·      Tahap perniagaan yang menghasilkan produk yang tidak ketara/perkhidmatan
·      Contohnya: syarikat pengangkutan yang menghantar produk melalui udara, air dan laut, pos, telekom, hotel, bank, insurans dan kewangan.
·      Doktor, peguam, akuantan, guru dan jurutera juga termasuk dalam  tahap perniagaan ini.

TAHAP INDUSTRI
Perniagaan barangan industri adalah perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada pembuat/syarikat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya/tranformasi/tambah nilai bagi dijual semula/ menghasilkan produk 

HULUAN
·       Perniagaan utama / teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber semula  jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.
·       Peringkat industri yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap atau
·       Barang siap yang akan digunakan dalam aktiviti pengeluaran lain
·       Contoh: Industri yang mengeluarkan susu getah,  perusahaan kayu balak, kilang padi, dan lain-lain

HILIRAN
·       Tahap perniagaan yang berlaku selepas tahap huluan
·       Meliputi aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan lain.
·       Contoh: Perniagaan yang menghasilkan tayar getad daripada susu getah, perusahaan kilang kayu lapis, kilang arang kayu dan perabot yang diwujudkan daripada perusahaan kayu balak.

TAHAP PASARAN
DOMESTIK
·      Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan di antara peniaga - peniaga tempatan dalam sempadan sesebuah negara.
·      Satu sistem politik, tiada masalah sekatan modal /untung oleh kerajaan .
·      Satu sistem perundangan hanya terikat perundangan dalam negara.
·      Melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam Negara/tempatan
·      Termasuk peniaga borong dan runcit.
·      Melibatkan penggunaan mata wang yang sama
·      Dikenakan cukai yang berkaitan dalam negeri  seperti cukai syarikat,  dll
·      Cth: tayar getah yang dihasilkan pengeluar malaysia dijual kepada
·      Pengguna dalam pasaran malaysia sahaja
ANTARABANGSA
·      Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniaga tempatan dengan peniaga negara asing.
·      Terdapat pelbagai sistem politik kerana pelbagai negara, wujud pelbagai sekatan.
·      Punyai pelbagai sistem perundangan - terdapat pelbagai undang-undang dalaman setiap negara .
·      Penjualan produk kepada pengguna asing di luar negara
·      Termasuk perniagaan eksport, import dan entreport.
·      Melibatkan penggunaan mata wang negara yang berlainan
·      Tambahan kepada cukai import yang dikenakan kepada barang dari luar negara dan juga cukai eksport yang dikenakan kepada  barangan daripada luar negara
·      Cth: pengeluar tayar getah di malaysia mengeksport tayar getah ke Negara lain.



SOALAN 1

Jelaskan bagaimana perabot yang digunakan oleh pengguna akhir berkembang mengikut tahap perniagaan yang berikut:
          i.   Primer
          ii.  Tertier
          iii. Sekunder [6]


CADANGAN JAWAPAN:

i. Primer
Aktiviti pengeluaran bahan mentah, berasaskan ekstraktif @ pertanian
Contoh : industri pembalakan – ekstrak kayu dari hutan

ii. Sekunder
Memproses sumber bahan dari tahap primer
Aktiviti pembuatan dan pemprosesan
Contoh : Kilang perabot – menggunakan kayu dari hasil pembalakan, diproses, diketam, memotong, memasang menjadi perabot

iii. Tertier
Penjualan /pengagihan barang siap  kepada pengguna
Contoh : Kedai perabot yang membeli perabot dari kilang perabot untuk dijual kepada pengguna akhir.

SOALAN 2

Jelaskan maksud perniagaan tahap tertier dan berikan empat contoh perniagaan tersebut.[3]

CADANGAN JAWAPAN:

Perniagaan tahap tertier ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan produk yang tidak boleh diproses lagi atau produk tidak ketara

Contoh-contoh:
  1. Perkhidmatan langsung spt doktor dan pendandan rambut
  2. Perkhidmatan penghantaran & pengangkutan spt DHL
  3. Perkhidmatan bank spt perkhidmatan pinjaman, simpanan , pembayaran yg disediakan oleh Maybank (M) Bhd
  4. Perkhidmatan insurans-cth perlindungan risiko yg disediakan oleh Takaful Malaysia
  5. Perkhidmatan perhotelan-cth penginapan yg disediakan Hotel Seri Malaysia
  6. Perkhidmatan telekomunikasi-perkgidmatan internet yg disediakan oleh Telekom Malaysia Bhd
  7. Perkhimdtan pergudangan
  8. Perkhidmatan hospital

SOALAN 3


Jelaskan maksud perniagaan tahap huluan dan berikan contoh. [STPM 2000] [3]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud: Perniagaan huluan
ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif [1]/ pengeluaran bahan mentah / berasaskan bahan mentah [1]
contoh : Bagi industri perabot, perniagaan huluannya ialah pembalakan, bagi industri tayar, perniagaan huluannya ialah penanaman getah/ memproses susu getah [1]


SOALAN 4

Jelaskan maksud perniagaan berasaskan pengeluaran barangan industri dan berikan contoh.  [STPM 2007] [3]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:          
Perniagaan barangan industri adalah perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada pembuat/syarikat lain (1m) dan barangan tersebut diproses seterusnya/tranformasi/tambah nilai bagi dijual semula/ menghasilkan produk  (1m).
               
Contoh:           
Papan yang dihasilkan oleh kilang papan dibeli oleh pengilang perabot untuk diproses seterusnya kepada produk berasaskan kayu seperti perabot, pintu dan sebagainya. (1m)


SOALAN 4



Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangannya kepada negara.[13]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:
  1. Perniagaan yang beroperasi dalam negara (1m)
  2. Menggunakan sumber/input /kewangan yang terdapat dalam negara (1m)
  3. Pasaran/pelanggan dalam negara (1m)
Peranannya:
  1. Memberi pendapatan kepada negara (1m) - melalui sebarang cukai perniagaan(1m).
  2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan (1m) – mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan kadar gunatenaga negara (1m).
  3. Membangunkan peluang perniagaan (1m) - meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas (pengangkutan, makanan, pembekalan).(1m)
  4. Menjimatkan pertukaran asing (1m) – melalui penggunaan sumber tempatan  / mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara (1m).
  5. Membangunkan modal insan (1m) – kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan.(1m)

SOALAN 5


Berikan maksud perniagaan antarabangsa dan  jelaskan empat sumbangan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah negara.[7]

CADANGAN JAWAPAN:

Maksud:
  1. Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniaga tempatan dengan peniaga negara asing.
  2. Perniagaan antarabangsa samada kecil @ besar merujuk kpd perniagaan yg memasarkan produknya dlm 2 @ lebih negara.
  3. Bermula dgn aktiviti eksport samada di peringkat serantau spt antara negara2 Amerika Latin,Jepun dan Amerika Utara.
  4. Perniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.pengkibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di peringkat global.operasi perniagaan selaunya berpusat di negara sendiri.

SUMBANGAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA KEPADA SESEBUAH NEGARA
  1. Negara dapat kemasukan teknologi/kepakaran  baru
  2. Negara dapat menambahkan pendapatan negara melalui cukai eksport dan import
  3. Negara dapat mengeratkan hubungan dua hala antara negara terlibat
  4. Negara dapat meningkatkan pelaburan asing/modal asing
  5. Meningkatkan peluang pekerjaan/negara dapat mengurangkan kadar pengangguran

SOALAN 6 [KES]

Koperasi Peladang Belara terlibat dalam perladangan kelapa sawit yang membekalkan hasil keluarannya kepada Sri Murni Sdn Bhd yang mengeluarkan pelbagai produk berasaskan minyak kelapa sawit untuk pasaran dalam dan luar negara. Di antara pengedar  utamanya ialah Pasar Mini Karida.
Bincangkan operasi ketiga-tiga organisasi perniagaan di atas dalam aspek  aktiviti dan kedudukannya di dalam tahap pengeluaran, tahap industri dan tahap pasaran.      [12]

CADANGAN JAWAPAN:

Tahap\Entiti
Koperasi Peladang Belara
[F= ½m, H= ½m]
Sri Murni Sdn Bhd
[F= ½m, H= ½m]
Pasar Mini Karida
[F= ½m, H= ½m]

Aktiviti
Pengeluaran[½]   Ekstraktif
-Aktiviti pertanian -perladangan kelapa sawit[½]
Pengeluaran-Perkilangan
-Pemprosesan Minyak kelapa sawit –produk pengguna
Perkhidmatan- Perdagangan-mengedarkan produk berasaskan minyak kelapa sawit kepada pengguna akhir
Tahap Pengeluaran
Primer[½]- huraian[½]
Sekunder- huraian
Tertier- huraian
Tahap Industri
Huluan- huraian
Hiliran- huraian
Hiliran- huraian
Tahap Pasaran
Domestik- huraian
Domestik& Antarabangsa- huraian
Domestik- huraian



SOALAN 7

Jelaskan aktiviti pengeluaran pada tahap perniagaan primer, sekunder, dan tertiar bagi penghasilan produk kasut sukan.[stpm 2009 S3b] [15]

CADANGAN JAWAPAN

Tahap primer 
  1. Aktiviti perniagaan mengeluarkan/mengekstrak sumber asli (½m) yang akan digunakan untuk proses pengeluaran selanjutnya.(½ m) 
  2. Usahawan mengurus tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan sumber bahan mentah 
  3. komponen utama membuat kasut sukan ialah getah, kapas dan kulit 
  4. Aktiviti menoreh pokok getah untuk mendapatkan susu getah. 
  5. Aktiviti mengutip dan mengumpul kapas dari pokok kapas. 
  6. Aktiviti mendapatkan dan mengumpul kulit haiwan. 
Tahap sekunder
  1. Aktiviti perniagaan yang memproses bahan mentah ( ½ m) kepada barang siap atau barang separuh siap 
  2. Pengilang-pengilang akan membeli getah dan kapas untuk ditukar bentuk dan tambah nilai (1m) 
  3. Getah dijadikan kepingan material/tapak kasut/badan kasut (1m) 
  4. Kapas dijadikan kain/tali kasut/bahagian atas kasut/kanvas (1m) 
  5. Kulit dijadikan bahagian atas kasut/pelapik dalam kasut (1m) 
  6. Bahan-bahan ini digabung dan diproses oleh pengusaha dengan menggunakan sumber manusia, kewangan dan teknologi untuk menghasilkan kasut sukan (1m) 
Tahap tertiar
  1. Aktiviti perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tak ketara ( ½m) yang tidak boleh diproses lagi 
  2. Usahawan mendapatkan perkhidmatan perbankan – mendapat modal melalui pinjaman, menggunakan kemudahan perbankan dan kredit (1m) 
  3. Perkhidmatan Insurans- perlindungan stok kasut daripada risiko seperti kebakaran, kecurian (1m) 
  4. Perkhidmatan Pengangkutan – menghantar/memindahkan stok kasut dari kilang ke tempat jualan (1m) 
  5. Perkhidmatan Komunikasi/ perhubungan – menerima pesanan, memperoleh maklumat pasaran (1m) 
  6. Perkhidmatan pergudangan – menyimpan stok kasut (1m) 
  7. Perkhidmatan pengedaran – saluran-saluran agihan seperti pemborong, peruncit dan ejen yang membolehkan kasut diedar ke pasaran (1m) 
  8. Perkhidmatan pemasaran – melibatkan aktiviti 4P untuk memasarkan kasut kepada pelanggan (1m)

✿ Realiti Kehidupan ✿

Sunday, August 21, 2011

Today the story about what..???

no storryyyy....arrrrghhh tekanan perasaan tahap lampau,,muka terpaksa tipu,,huhuhu kenapa???saya terlalu sensitif dengan perkara temah-remeh.,i can't focus with my study in class..huhuhu..teacher help me..!!! I don't want this feeling..very disturb me..somebody can help me..!!




Ada ketika saya rasa happy bila mereka...........pergi jauh dari hidup saya untuk seketika waktu..adakah saya terpaksa memahami diri mereka,atau saya memahami diri saya atau mereka perlu memahami diri saya...saya memerlukan mereka,saya sayangi mereka,,,tapi kenapa ada ketika perasaan saya perlu rasa marah,sakit.......apa salah saya sebenarnya?!!! saya tak tahu siapa yang memahami saya.....ex-5science where u all? I have u all to help me untuk merawat perasaan dan semangat ina..wawa..........mimi....asiah.....asni......wani....nina.....ina memerlukan kamu sekarang..hadirlah dihadapan saya walaupun untuk seketika,,cepaaaaaatttttttt..huhhuhuhhhu..

mereka adalah orang yang lebih memahami saya.....kenapa saya dah tak jumpa orang macam meereka.saya sayang mereka.tolong faham keadaan saya.
        I LOVE U ALL 5CIENCE 09


✿ Realiti Kehidupan ✿

Friday, August 19, 2011

KONSEP 1 MALAYSIA (8 NILAI)

 8 Nilai dalam Konsep 1 Malaysia

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. BUDAYA KECEMERLANGAN 

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.
Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya
Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

3. RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

5. KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.
Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.
Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

6. MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7. PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

8. INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

(Sumber :- pmr.penerangan.gov.my)

✿ Realiti Kehidupan ✿

Thursday, August 18, 2011

LARAS SAINS:ANCAMAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Penyalahgunaan alkohol beri kesan lebih serius terhadap jantung wanita muda berbanding lelaki 

ANDA wanita muda yang menjalani gaya hidup moden, merokok dan mengambil minuman beralkohol? Jika satu atau lebih daripada ciri berikut menepati kriteria diri anda, berwaspada kerana anda mungkin berisiko mendapat penyakit kardiovaskular pada usia muda. Fakta diperoleh daripada Penerbitan Harvard Health pada Februari 2010 pula menyatakan bahawa penyalahgunaan alkohol mempunyai kesan lebih serius terhadap jantung wanita berbanding lelaki. Ini kerana badan wanita menyimpan alkohol lebih lama disebabkan paras enzim pengurai alkohol di dalam hati yang lebih rendah menyebabkan kepekatan alkohol lebih tinggi untuk tempoh lebih lama dalam darah wanita.

Selain gaya hidup urban, jangka hayat wanita di negara ini yang semakin meningkat iaitu mencecah 76.4 tahun juga menyumbang kepada peningkatan kes penyakit berkaitan kardiovaskular dan dijangka menjadi antara punca kematian umum di kalangan wanita tempatan.

Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Rosli Mohd Ali, berkata faktor risiko seperti kencing manis, kegemukan, gaya hidup tidak aktif dan tabiat merokok memberi kesan berbeza terhadap kesihatan jantung wanita.

“Lazimnya, wanita lanjut usia yang menghidap hipertensi dan gadis muda yang merokok biasanya menghadapi risiko penyakit jantung koronari (PJK).
“Bagaimanapun, wanita yang merokok atau mengambil minuman beralkohol menghadapi risiko lebih tinggi menghidap PJK berbanding lelaki daripada kumpulan sama, khususnya perokok wanita yang mengambil pil pencegah kehamilan kombinasi,” katanya.

Penggunaan pil cegah hamil dos rendah, terapi hormon kombinasi bagi wanita putus haid dan kerumitan kehamilan atau migrain adalah faktor risiko lain yang mempengaruhi serangan selain sejarah strok awal dalam keluarga atau pernah menghidap strok.

Sejarah diabetes atau penyakit jantung pada usia yang agak muda dalam keluarga (ayah atau adik-beradik lelaki sebelum umur 55 tahun dan ibu atau adik-beradik perempuan sebelum umur 65 tahun) juga akan meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dengan ketara.

Dr Rosli berkata, kegemukan pada bahagian abdomen menandakan banyaknya kandungan lemak, malangnya lemak abdomen membebaskan bahan yang mengganggu kegiatan insulin dan menggalakkan penghasilan kolesterol darah.

“Bagi seseorang yang mempunyai tahap kolesterol kurang sihat, perubahan gaya hidup terutama diet sihat dan amalan kecergasan yang baik sebenarnya boleh mengubah tahap kolesterol.

“Bagaimanapun, kepentingan pengurusan kolesterol menjadi lebih ketara apabila digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes, merokok dan hipertensi,” katanya.

Justeru, dalam keadaan tahap kolesterol terlampau tinggi atau bagi individu yang mempunyai kombinasi faktor risiko seperti disebut, terapi statin dianggap piawaian utama dalam pengurusan kolesterol menjadi pilihan rawatan paling utama bagi merawat masalah membabitkan koronari.

Pelbagai kajian klinikal yang dijalankan selama ini telah membuktikan bahawa terapi statin adalah terapi paling berkesan untuk menguruskan dislipidemia.

Kajian ke atas satu statin iaitu rosuvastatin menunjukkan keberkesanannya membantu pesakit mencapai matlamat mengurangkan kolesterol.

✿ Realiti Kehidupan ✿

TEMA LARAS SAINS : PENYAKIT MENTAL

PENYAKIT MENTAL 

Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;

* Penyakit-penyakit psikosis.
* Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis)

Penyakit Psikosis

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.

Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Penyakit-penyakit Bukan Psikosis

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL

Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu.

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan

Psikoterapi dan kaunseling

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.

Rawatan psikotropik

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Rawatan tingkahlaku

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.

✿ Realiti Kehidupan ✿

Naluri Seorang Perempuan..

Salam..niat saya hanya nak membantu seseorang untuk membela nasib sebagai seorang perempuan...tapi mungkin saya yang tersalah langkah biar la mungkin sebenarnya sya ni tidak diperlukan,,akhirnya saya juga yang dipersalahkan,biarlah mereka dengan hal mereka dan saya dengan hal saya,,apa-apa pun pesanan saya sebagai  seorang perempuan,.elakkan diri dari terjebak dalam percintaan ,,maksud saya ada jodoh nanti tak ke mana, tak perlu terlalu khayal nak bercinta,,


 Saya dah penat,saya dah letih,saya sedih dan saya tak sanggup tengok hati seseorang terseksa,dikecewakan...kadang-kadang benda ni selalu mendatangkan masalah je kat kita..bila dah seronok apa pun dah tak ingat kata orang pun tidak dikisahkan,tapi bila hati masing-masing dah kecewa mula rasa menyesal,.saya kesian tengok kawan-kawan terutama kita sebagai seorang perempuan yang selalu terseksa hati,yang terlalu sensitif dengan perkara-perkara yang sebegini,,,,,asyik menangis...menangis..menangis.... dan menagis... ...tapi sampai bila kita nak dikecewakn,,camna dengan pelajaran kita..fikiran kita tertanggu.,,macam mana dengan kerjaya kita? nak ke orang penting dalam hidup kita kecewa...kita boleh hilang segalanya sekelip mata..


Sebelum ni mungkin ina hanya tengok orang lain yang kecewa,,kawan-kawan dan orang disekeliling,,tapi apa perasaan kalau tengok ahli keluarga sendiri yang terseksa..bertambah parah rasanya..mungkin boleh dijadikan tauladan...kisah tentang kakak ina.orang yang pernah downkan ina seketika dulu dan juga pembangkit semangat ina untuk selamanya.....setiap hari dia mengadu,dia menangis sakit kita yang mendengar sakit lagi orang yang menanggung,,kisah hidup dia menjadi tauladan untuk saya


Kata cikgu tak salah nak bercinta itu naluri sebagai remaja...inginkan kasih sayang dari orang lain,tapi kata teacher saya kalau kita sukakan seseorang,kita xperlu pun nak bercinta dengan dia tapi kita jadikan dia "secret admirer".kita pun tak rasa sakit,tak rasa kecewa...dia pun bukan hak milik kita,dan kita bukan hak milik dia...kesimpulannya kita bercinta secara diam sudah la maksudnya "secret admirer" la kita tak rasa kekok,malu nak bergaul dengan dia,,dia pun tak tahu kita sukakan dia itu adalah lebih baik,daripada dia tahu tapi kita pula yang kecewa...sebenarnya semua perkara ni hanya membuang masa..tak perlu pun nak luah rasa kasih sayang tu..sebenarnya ada orang lain lebih sayangkan kita.family adalah orang utama dalam hidup kita..kawan-kawanyang masih setia bersama kita..


Sekadar kita tenangkan hati kita dengan milihat orang yang kita suka..mungkin suatu hari nanti kita akan dapat orang yang lebih baik dari apa yang kita mahukan sekarang...renung-renungkan la.sebagai seorang perempuan jangan terlalu cepat terpadaya dengan kata-kata lelaki,bila kita berdua akan jadilah bertiga, syaitan akan sentiasa bersama dengan anak didiknya..
AFIQ IQBAL...

sayang maksu.....afiq iqbal








✿ Realiti Kehidupan ✿

Wednesday, August 17, 2011

GEOGRAFI MANUSIA: KONSEP

Geografi Alam sekitar manusia

Tema 1 – Penduduk
Konsep
HURAIAN

1.  Penduduk sebagai sumber
Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan perubahan terhdp landskap fizikal di sesebuah kwsn.
2.  Pola taburan penduduk: stpm 2008

Sebaran penduduk disesuatu kwsn di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kwsn. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu padat terdapat di kwsn bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kwsn pekan kecil seperti Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kwsn pedalaman, gurun dan kwsn berpaya.

3.  Kadar Pertumbuhan Penduduk: stpm 2007

Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan (sederhana), statik ( sifar) atau berkurangan (bawah sifar) bagi satu-satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun).
Kadar ini mrjk kepada satu-satu kwsn tertentu seperti negara, wilayah, dunia.
Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) – kadar kematian (KM) + kadar migrasi bersih (KMB)

4.  Konsep Lebihan Penduduk :

Keadaan dimana jmlh penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yg ada dlm sesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu:
lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat sedikit atau sudah habis digunakan dan
lebihan penduduk relatif iaitu  sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi utk membangun/menjana  sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.

5.  Penduduk kurangan
Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit berbanding dgn jmlh sumber s/jadi yg ada.
6.  Penduduk Optimun
Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber pengeluaran khususnya sumber alam berbanding dgn tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimun.
7.  Piramid Penduduk
Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur, paksi mendatar menunjukan peratusan atau jmlh jantina lelaki dan perempuan
8. Piramid Progresif
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: jmlh penduduk muda yg ramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat penduduk rendah, nisbah tanggungan tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial rendah


Konsep

Huraian
9. Piramid Regresif
    (peralihan)
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran rendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr segi ekonomi tinggi, tahap pembangunan ekonomi lebih maju.

10. Piramid
      penduduk stabil
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran yg sgt rendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt penduduk tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial sgt maju.

11. Piramid
      Penduduk
      terganggu
Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau stabil yg menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan spt dasar saiz keluarga kecil.

12. Model peralihan
      Demografi
Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi  atau perubahan kependudukan yg dialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini dan pada masa akan datang.

13. Mobiliti ruang
Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kwsn atau antara kwsn sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang.

14. Mobiliti sosial
Mrjk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah dari kwsn mundur ke kwsn maju.

15. Migrasi
Mrjkk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa.

16. Migrasi Dalaman  : (tema 1)

Perpindahan penduduk dlm negara, iaitu perpindahan yg tidak merentasi sempadan sesebuah negara.

17.  Migrasi
       Antarabangsa
       (tema 1) stpm
       2007
Perpindahan atau pergerakan penduduk yg merentasi sempadan negara atau antarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh ke Malaysia.
18. Imigrasi
Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kwsn

19. Emigrasi
Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kwsn

20. Migrasi bersih
Mrjk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi

21. Daya tampung
      Persekitaran
      fizikal
Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara utk menampung keperluan penduduk pd aras tertentu di sesebuah kwsn.
21. Daya tampung
      sumber alam
Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi keperluan penduduk pd tempoh tertentu.








Tema 2 – Pembangunan Ekonomi : Pertanian
 Konsep

Huraian
1. Pertanian pindah
Sejenis pertanian sara diri ringkas yg berkonsepkan pindah tapak mengikut perpindahan org-org asli. Dikenali dgn pelbagai nama
Ladang di M’sia, Huma di Indon, Caingin di Filipina, Tamrai di Thai, Tuangnya di Myanmar dan Hay di Laos.

2. Pertanian Sara diri
    Intensif
Diusahakan giat setempat, utk keperluan keluarga, lebihan hasil akan dijual. Lebih maju dari pertanian pindah.

3. Pertanian Kebun
    kecil
Berkonsepkan kpd aktiviti pertanian bukan bijirin, bersifat separuh komersial dan campuran  antara perkebunan secara jualan dgn yg digunakan utk keluarga.

4. Pertanian
    Perladangan
    ekstensif
Berkonsepkan komersial sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi, pengurusan sistematik serta berorientasikan pasaran dan keuntungan.

5.  Bioteknologi
     pertanian: (tema 2)
     stpm 2008



Proses atau teknologi menggunakan sains hayat/biologi spt mikroorganisma, haiwan & tumbuhan utk mengatasi masalah pertanian & menghasilkan produk pertanian yg berkualiti. Kaedah ini dibahagikan kpd dua iaitu:
Pengklonan yg merupakan proses menghasilkan benih tanaman atau haiwan ternakan drp tisu pokok atau haiwan yg sama kandungan genetiknya dgn induk bagi menghasilkan jumlah yg lebih byk.
Kacukan hibrid ialah proses memindahkan genetik secara semula jadi drp dua organisma yg sama untuk menghasilkan anak benih yg baru.

6. Industri asas tani:
    (tema 2) stpm 2006


Salah satu subsektor perkilangan yg menghasilkan produk makanan & bukan makanan yg menggunakan bhn keluaran pertanian spt getah, k/sawit, herba, & padi sebagai bhn mentah.
7. Produk Pertanian
    Jenama M’sia Best
Mula diperkenalkan pd 28 Jun 2003. Pd peringkat permulaan betik, mangga, tembikai, nenas dan belimbing dilabelkan seterusnya diperluaskan kpd produk lain spt hasil ternakan, sayuran dan perikanan. Jenama ini membuktikan produk pertanian M’sia berkualiti dan mempunyai keselamatan mengikut standard piawaian pertanian antarabangsa.

8. Pembangunan:
    (tema 2) stpm 2008


Proses perubahan taraf hidup penduduk melalui perubahan dlm sektor ekonomi, misalnya berubah drp ekonomi pertanian kpd ekonomi perindustrian, perubahan dlm peningkatan pendapatan misalnya, drp petani kpd peniaga, perubahan dlm aspek teknologi misalnya penggunaan teknologi maklumat dlm kehidupan & peningkatan dlm sektor pendidikan serta peningkatan dlm kualiti hidup penduduk di sesuatu kwsn.


Tema 2 – Pembangunan Ekonomi-Perikanan
 Konsep

Huraian
1. Perikanan Pinggir
    Pantai
Dijalankan di kws laut cetek iaitu di kws pentas benua tidak melebihi 32 km dr pantai dan 180 m kedalaman laut. Cth Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau.

2. Perikanan Laut
    Dalam

Dijalankan di perairan antarabangsa spt Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Jarak melebihi 32 km dr pantai dan kedalaman laut melebihi 180 m.

3. Perikanan
    Akuakultur

Merupakan sub sektor perikanan  yg amat penting sbg pelengkap kpd sektor perikanan laut di M’sia. Menyumbang kira-kira 20% drp jmlh tangkapan ikan di M’sia. Terbahagi dua:
a) perikanan air tawar
b) perikanan air payau/ air masin (marinkultur)

4. Echo sounder

Satu peralatan perikanan yg digunakan untuk mengetahui kedalaman air , keadaan dasar laut, kedudukan ikan, dan tempat-tempat baru penangkapan ikan.

5. Penyahhutanan

Penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pembukaan kws ladang pertanian, pembinaan kwsn petempatan dan industri dan ditengelami air utk projek hidro elektrik.

6. Tenaga Biojisim
Bahan buangan dan sisa organik spt sisa tumbuhan, sisa tanaman dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah sarap.

7. Industri
    Perkilangan:
    (tema 2)

Industri pemprosesan & pembuatan berasaskan sumber & bukan berasaskan sumber yg tergolong dlm sektor sekunder. Perkilangan yg berasaskan sumber byk bergantung kpd  sumber bhn mentah drp sektor primer spt pertanian & Perlombongan.

8. Industri Kecil dan
    Sederhana: (tema 2)


Adalah sekumpulan industri atau perusahaan pembuatan yg berskala kecil & sederhana. Skala industri boleh diukur dgn bilangan pekerja sesebuah kilang/firma, saiz modal yg dilaburkan & mungkin jmlh nilai perniagaan utk satu-satu tempoh tertentu. Di Malaysia misalnya, industri yg menggunakan kurang dari 50 pekerja, dianggap sbg  industri kecil dan yg menggunakan kurang daripada 150 orang pekerja di anggap sbg industri sederhana. Walaupun IKS byk terlibat dlm memproses atau membuat makanan dam minuman dan dimiliki oleh individu atau syarikat kecil, tetapi pd masa ini sudah ada IKS yg ditubuhkan atau ditaja sbg  vendor syarikat besar spt Proton.
9. Estet Perindustrian
Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri yg besar di sesuatu tempat yg tlh dikhaskan oleh kerajaan dlm kwsn zon perdagangan bebas (FTZ).

10. Sektor
      Perkhidmatan
Dikenali juga sbg sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini membekalkan perkhidmatankpd pengguna.

11. Ekopelancongan
Aktiviti pelancongan yg berkembang berasaskan sumber s/jadi pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air tejun/jeram, tasik, sungai, gua batu kapur.

12. Agropelancongan
Aktiviti pelancongan berkaitan pertanian spt di Cameron Highland

13. Akuapelancongan
Aktiviti pelancongan berkaitan akuakultur konsep homestay.

14. Pelancongan
      Kesihatan
Kedatangan pelancong utk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional.

15. Pelancongan
      pendidikan
Menggalakkan aktiviti sambil belajar khususnya di kalangan pelajar sekolah.

16. Pelancongan   budaya dan warisan sejarah
Pelancongan di kwsn tinggalan sejarah, tapak arkeologi, dan muzium

17. Pelancongan MICE
Delegasi pelancong yg menghadiri seminar, persidangan, pameran dan simposium.

18. Pelancongan kapal
      mewah
Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah spy Star Cruise dan Star Leo

19. Pelancongan Sukan
      Dan rekreasi
Aktiviti pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi spt Formula One di Sepang, Power Boat di Tasik Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil.



Tema 3 – Transformasi Desa dan Pembandaran
Konsep

Huraian
1. Transformasi
    Desa: stpm 2007
Proses perubahan yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kwsn desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah dr  hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja-kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari  dan migrasi ke bandar berkurangan.

2. Pembandaran
    Desa:

Bermaksud melengkapkan kwsn desa dgn kemudahan serta perkhidmatan bandar yg asas spt bekalan elektrik, air, alat komunikasi, pendidikan menengah dan tinggi, perubatan/kesihatan. Secara tidak langsung dgn kemudahan dan perkhidmatan tersebut penduduk desa tidak perlu berhijrah ke bandar utk menikmati kehidupan bandar krn kwsn desa juga soalah-olah tlh menjadi bandar.

3. Pembangunan
    tidak seimbang
Bermaksud aras kemajuan sosioekonomi yg tidak samarata dicapai dlm sesebuah negara atau wilayah.

4. Dasar
Satu set keputusan tentang matlamat, strategi, serta tindakan atau program pembangunan yg perlu dan blh dilaksanakan bg mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah.

5. Pembangunan In-
    situ
Menekankan pembangunan fizikal desa spt penyediaan kemudahan asas yg lengkap dan sempurna, bekalan elektrik, air, j/raya, telekomunikasi, penyedian rumah rakyat (PPRT) serta pusat pertumbuhan ekonomi desa.

6. Pembangunan
    Pertanian
    bersepadu
Pakej pembangunan luar bandar yg mengabungjalinkan segala sumber, tenaga dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmikan kemiskinan desa.

7. Pembangunan
    wilayah
Satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yg dikenal pasti mundur bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru. Cth, Wilayah Jengka, Kejora, Ketengah, Dara, Kesedar.



Konsep

Huraian
8. Pembandaran/
    Urbanisasi
Proses perubahan sesuatu kws drp luar bandar kpd bandar atau bandar kecil yg berkembang menjadi lbh besar dan bersifat kompleks. Meliputi aspek berikut:
a) pertambahan jmlh penduduk di bandar
b) perluasan saiz bandar
c) perubahan kegiatan ekonomi tradisional kpd  ekonomi moden
d) perubahan cara hidup
9. Ketersampaian:
    stpm 2005

Aras atau kualiti dari segi mudah atau sukarnya sesebuah kws dikunjungi. Ia bergantung kpd kewujudan dan kecekapan jaringan pengangkutan. Kualiti ketersampaian fizikal dinilai berdasarkan jarak fizikal, masa dan kos yg terlibat dlm perjalanan.

10.  Bandaraya
       Primat:

Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di Thailand dan Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5 kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.

11. Rebakan Bandar
Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran.

12. Subbandar
Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur.

13. Metropolis
Bandar yg telah mencapai jmlh penduduk melebihi 1 juta org.

14. Megalopolis
Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan mempunyai penduduk melebihi 10 juta org.

15. Kornubasi bandar:
Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya.

16. Bandar Satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur.

17. Setinggan
Satu proses menduduki bangunan atau tanah yg bukan hak milik secara tidak sah di sisi undang-undang. Merupakan petempatan haram di kws tanah yg bukan hak milik penghuninya s/ada di kws tanah kerajaan, swasta atau individu.


Tema 4 – Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
KONSEP

HURAIAN
1.  Globalisasi Ekonomi: (tema 4) stpm 2007


Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan.
2. Liberalisasi
    ekonomi
Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa  shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

3. Deregulasi
    ekonomi
Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.

4. Kerja sama serantau:


Pakatan kerjasama antara negara-negara jiran dalam satu rantau atau wilayah yang sama seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Biasanya negara-negara berkenaan telah bersepakat  dan bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu untuk memenuhi kepentingan bersama atau mencapai keadaan menang-menang. Kerjasama serantau ini seperti kerjasama ekonomi, sosial, politik atau kebudayaan. Contohnya kerjasama serantau yang terkenal ialah ASEAN.

5. Kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA): stpm 2005
ialah satu persetujuan dalam kalangan negara ASEAN untuk kemudahan memasarkan barangan keluaran negara anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkan langsung duti import bagi membolehkan kemasukan barangan secara bebas dari negara anggota ASEAN.
6. APEC
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ialah satu pertubuhan separuh rasmi yg tlh dibentuk melalui persidangan pertama pd November 1989 di Canberra, Australia.

7. Segi Tiga Pertumbuhan (GT)
Merujuk kpd kerjasama ekonomi pd kws yg lbh kecil di dlm wilayah ASEAN yg melibatkan tiga atau empat buah negara jiran. Cth, IMT-GT yg melibatkan Indon-M’sia-Thai

8. Deklarasi
    Langkawi
Di keluarkan olh ketua-ketua negara Komanwel di Langkawi pd 21 Oktober 1998 berkaitan persetujuan bersama negara-negara Komanwel utk menjaga, melindungi, & menguruskan alam sekitar secara mapan.



Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya
Konsep
Huraian
1. Pengurusan Alam
    Sekitar: stpm
    2006

Usaha dan tindakan merancang dan mengawal selia kelestarian alam sekitar menerusi keupayaan daya tampung sumber alam sekitar ke arah mencapai pembangunan mapan dan berterusan. Pengurusan alam sekitar mencakupi usaha penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan.

2. Pembangunan
    Lestari: stpm 2007


Pembangunan yang tidak merosakkan sumber alam dan alam sekitar atau pembangunan mesra alam, iaitu yang dirancang dan mengambil kira kepentingan alam sekitar. Dalam pembangunan lestari, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diambil berat. Misalnya, dalam kes pembalakan, satu pokok ditebang perlu diganti dengan satu pokok baru melalui program penanaman semula hutan. Tujuan utama pembangunan lestari ialah memberi manfaat dan memenuhi keperluan bukan sahaja genarasi hari ini tetapi juga generasi akan datang.

3. Pemeliharaan dan
   Pemuliharaan
   alam sekitar : stpm
   2008

Pemeliharaan mrjk kpd langkah memelihara alam sekitar drp sebarang kerosakan atau kemusnahan akibat di eksploitasi olh manusia secara keterlaluan dan tidak terancang. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah hutan simpan.

Pemuliharaan mrjk  kpd langkah membaik pulih alam sekitar yg semakin terancam dan menghadapi kepupusan atau kehabisan. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah penanaman semula dan rawatan sisa.

4. Pemanasan
    Global
Mrjk kepada peningkatan suhu dunia yg diakibatkan olh kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

5. Kesan Rumah
    Hijau
Mrjk kpd kewujudan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida dan metana yg bertindak membenarkan bahangan m/hari masuk tetapi memerangkap bahangan bumi dr keluar ke angkasa lepas.
6. Penipisan lapisan
    ozon
Mrjk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga molekul oksigen yg membentuk ozon akibat serangan gas CFC dan Halon.
7. Penggurunan
Mrjk kpd pembesaran saiz gurun yg sedia ada hingga melampaui kws pinggirnya atau yg menukarkan sesuatu kws yg sebelum ini bukan gurun kpd ciri-ciri gurun yg tandus dan gersang.
8. Penyahhutanan
Bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pertanian, pembinaan petempatan dll.
9. Pencemaran
     udara
Mrjk kpd kehadiran bahan pemcemar udara khususnya gas-gas rumah hijau. Manakala jerebu mrjk kpd kehadiran partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, dan habuk di dalam keadaan cuaca kering.


















✿ Realiti Kehidupan ✿