Followers

Friday, July 29, 2011

Meretapi Sanubari...

Alhamdulillah syukur....mungkin ini tiba masa untuk aku mendalami sanubariku..,mengadap blog seketika selepas penat dikepong.,.orang di sekeliling kita adalah orang yang memotivasikan kita..sepanjang seminggu ni diri aku rasa dekat sangatn dengan Allah s.w.t satu kelainan bagi aku..

aku mula fikirkan apa nasib aku di hari akan datang,apa nasib mak dan ayah aku, bagaimana harapan keluargaku?apa sebenarnya yang aku mahu?

Di Majlis Menggapai Bintang yang ppu anjurkan untuk raikan bekas-bekas pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti nanti.. terasa kuat keinginan diri aku untuk berada di tempat mereka,mahu lahirkan rasa kegembiraan mak,ayah,abang-abang,dan kakak-kakak aku...tersentuh sekali. sejak hari itu fikiran aku sering terbayang apakah yang bakal ku kecapi kelak?!adakah lahir sebagai seorang yang berguna atau musnahkan segala-galanya..

Ya Allah tabahkan hati aku..wajah mak dan ayah sering terbayang difikiran adakah mereka akan lihat aku dengan tangisan kesedihan atau tangisan gembira?aku mula jinakkan diri dengan kertas-kertas soalan,,mula ringan-ringankan kaki aku berjumpa cikgu,mula manis-maniskan mulut aku untuk bertanyakan soalan..insyaallah moga apa yang aku buat sekarang berkekalan hingga berakhirnya kertas soalan STPM 2011.

Apa yang aku mahu segala-galanya ayah dan mak,kakak dan abang aku mampu berikan tapi tak mungkin aku tak mampu berikan apa yang mereka inginkan?Ya Allah permudahkanlah segala-galanya..

Mak,ayah cek sayang mak..
cek berjanji dengan diri cek,cek akan cuba buktikan kesungguhan cek..
doakan kejayaaan cek..
kak,abang...adik janji adik akan cuba sedaya upaya..
adik akan buktikan apa yang adik dah cakap,,
doakan kejayaan adik,
insyaallah adik tak akan sia-siakan harapan semua..!!!


✿ Realiti Kehidupan ✿

Friday, July 22, 2011

Trip to Hatyai, Songkla..

tempat pertama yang kami lawati kat songkla,,satu2nya sek agama @sek kerajaan di situ..best sangat depa pun mesra ja...

model labu...hahhaha dekat hotel yang kami menginap..
with paim,syue n along
hahahha..sedap giler...sebab dalam kelaparan

with kawan2 ppu n cikgu2nya..



agak2 serupa x?hahaha...with my teacher la,,cg milia
hahah or my sis la,,banyak bantu saye ketika hati sya dalam kegelisahan....

model-model labu....

✿ Realiti Kehidupan ✿

Thursday, July 21, 2011

SOALAN SISTEM HIDROLOGI




1
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kitar hidrologi
[5 markah]

b)
Dengan bantuan gambarajah , jelaskan proses-proses yang terlibat dalam kitar hidrologi
[10 markah]

c)
Nyatakan proses mendatar dalam kitar Hidrologi
[10 markah]




2
a)
Lukis dan labelkan rajah kitaran hidrologi
[5 markah]

b)
Jelaskan pengaruh manusia terhadap kitaran hidrologi di kawasan tropika lembap
[10 markah]




3
a)
Jelaskan pembentukan hujan perolakan, hujan bukit(orografi) dan hujan perenggan
[10 markah]

b)
Terangkan punca-punca krisis air
[8 markah]

c)
Huraikan langkah-langkah menangani krisis air
[10 markah]




4
a)
Berikan definisi banjir kilat
[5 markah]

b)
Jelaskan mengapa banjir kilat sering berlaku di kawasan bandar
[10 markah]

c)
Jelaskan kesan-kesan banjir kilat kepada manusia dan alam sekitar
[8 markah]

d)
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah banjir di kawasan bandar
[8 markah]




5
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air?
[5 markah]

b)
Huraikan proses-proses yang terlibat dalam menentukan imbangan air
[10 markah]

c)
Jelaskan kesan-kesan ketidakseimbangan air positif
[10 markah]




6
a)
Mengapakah sesetengah negeri di Malaysia mengalami lebihan bekalan air manakala sesetengah negeri mengalami kekurangan air
[9 markah]

b)
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kekurangan air di Malaysia
[10 markah]




7
a)
Takrifkan konsep kemarau
[5 markah]

b)
Huraikan faktor-faktor berlakunya kemarau di sesuatu kawasan
[10 markah]

c)
Jelaskan tiga kaedah mengatasi kekurangan air
[10 markah]




8
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan air
[5 markah]

b)
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air.
[10 markah]

c)
Huraikan lima kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia
[10 markah]




9

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan pada mana-mana bahagian sungai












10
i
Nyatakan bagaimana anda menentukan air sungai tersebut tercemar dengan menggunakan penunjuk fizikal, penunjuk kimia dan penunjuk biologi

ii
Nyatakan jenis bahan yang mencemari sir sungai tersebut
[5 markah]
iii
Huraikan tiga punca pencemaran air sungai tersebut
[6 markah]
iv
Jelaskan langkah yang boleh diambil oleh pihak tertentu untuk memelihara kualiti air sungai tersebut
[8 markah]



a)
Apakah ya ng dimaksudkan dengan edaran air tanih?
[5 markah]
b)
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air tanih
[12 markah]
c)
Jelaskan kepentingan air tanih kepada alam sekitar fizikal dan manusia
[8 markah]

[6 markah]

✿ Realiti Kehidupan ✿

Monday, July 18, 2011

SISTEM HIDROLOGI

Tema 4 : Sistem Hidrologi

4.1         Fasa Air ( Rajah)


4.2        Konsep Kitar Hidrologi

Kitaran air yang melibatkan fasa perubahan air yang berterusan – cecair-gas- pepejal.


a)      Proses Kitaran Hidrologi

i.             Proses Mendatar

-          Larian Air Permukaan – Baki air hujan yang mengalir dipermukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan digunakan oleh tumbuhan.

-          Aliran Air Bawah Tanah – Resapan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan menyusup menerusi liang-liang pori tanih. Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.

-          Alir Lintang Atmosfera – Merujuk proses penyejukan alir lintang, proses ini berlaku apabila udara yang bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan yang panas ke kawasan yang sejuk. Sekiranya udara itu disejukan sehingga ke takat suhu embun maka akan membentuk kabus alir lintang dan awan jenis stratus yang rendah.

ii.           Proses Menegak

-          Sejatan – Proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Apabilan tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai tahap beku.

-  Sejatpeluhan – Perpeluhan melibatkan pembebasan wap-wap air ke atmosfera tetapi berlaku menerusi liang-liang stoma daun kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.

-  Kerpasan- Hujan, salji dan embun. Bila bintik-bintik air atau ais di udara turun ke bumi.

- Resapan – Susupan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi liang-liang pori tanah.


b)           Pengaruh Sejatan dan sejatpeluhan terhadap kandungan air di atmosfera (kelembapan)

-   Kadar sejatan paling tinggi  berlaku dipermukaan yang terdedah spt laut, sungai, tasik, kolam dan paya.
-    Permukaan air yang terdedah mengalami pertukaran molekul air daripada permukaan air ke udara secara langsung.
-   Molekul-molekul air yang meninggalkan permukaan air itu akan meningkatkan kelembapan udara di atasnya.



c)       Keberkesanan Kerpasan

-Ciri  keamatan, kekerapan, jangka masa dan liputan kawasan

4.3     Edaran Air Tanih


·    Merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanih sebagai medium ( bahan antaranya) seperti aliran sup-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.

·                     Komponen-komponen edaran air tanih

-    Larian Air Permukaan – Baki air hujan yang mengalir dipermukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan digunakan oleh tumbuhan.

-    Resapan – Susupan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi liang-liang pori tanah.

    Aliran Air Bawah Tanah – Resapan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan menyusup menerusi liang-liang pori tanih. Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.


-    Simpanan air tanih  Air yang tersimpan dalam batuan yang boleh menakung dam membendung air (akuifer).

-    Keporosan – Nisbah rongga atau liang pori berbanding dengan keseluruhan isipadu batuan.

-    Ketelapan – Keupayaan sesuatu jenis batuan untuk memindahkan air atau membenarkan air mengalir dan meresap melaluinya.

-    Akuifer – Formasi geologi yang boleh menyimpan air dan bertidak sebagai konduit untuk air mengalir di dalam tanih menuju ke sungai.


4.4             Imbangan air

a)      Konsep Imbangan Air

-     Jumlah kerpasan sama banyak dengan jumlah air yang mengalami sejatpeluhan, tersimpan dalam tanih dan larian air  

-     P= ET + ST + r

-     P= Kerpasan , ET= sejatpeluhan, r = air larian permukaan


i)  Konsep Lebihan air
-     Jumlah kerpasan melebihi jumlah sejatan yang turun di kawasan yang berkenaan.

ii) Konsep Kurangan air
-     Kadar sejatan melebihi jumlan kerpasan yang turun di kawasan berkenaan.


b)      Variasi Imbangan air mengikut ruang dan masa

i) Berdasarkan garis lintang benua
     Nilai kerpasan dan nilai sejatpeluhan mengikut garislintang boleh menentukan lebihan dan kurangan air
–     Wilayah yang menerima lebihan air ialah kawasan antara garislintang 0o– 10o utara dan selatan iaitu bertentangan dengan zon pertemuan khaltulistiwa
     Garisanlintang 10o – 40o utara dan selatan – berlaku kurangan air yang ketara- nilai sejatpeluhan lebih kerpasan

Hemisfera selatan – lebihan air
Hemisfera utara – kurangan air
Kedua-dua kutub – sejatan dan kerpasan adalah kecil dan hampir seimbang.


ii)  Perubahan musim

–     Wap air bagi sebarang garis lintang begitu tinggi pada musim panas ( bulan julai) di hemisfera utara. Daripada musim sejuk (bulan januari) – kerpasan lebih daripada sejatan.


c)       Faktor Variasi Imbangan Air

i)  Ketinggian 
- Kawasan tanah tinggi mengalami imbangan air sedikit kerana susupan tinggi dan pergerakan air menuruni cerun
- Kawasan tanah rendah mempunyai  banyak simpanan air dalam bentuk aliran mendatar seperti takungan sungai, tasik dan laut.

ii) Aspek
-  Bahagian cerun yang menghadap angin di kawasan tanah tinggi/banjaran menerima taburan hujan lebih banyak
-  Kawasan lindungan hujan kurang lembapan dan hujan.
                                                                                                                   
iii)Hujan
- Kawasan yang menerima taburan dan jumlah hujan yang banyak mempunyai kerpasan yang tinggi seperti kawasan tropikal lembap
- Kawasan yang kurang menerima hujan mempunyai jumlah kerpasan yang rendah/sejatan tinggi seperti di kawasan beriklim gurun panas.


iv) Topografi
Kawasan permukaan berturap kadar aliran air permukaannya tinggi berlaku banjir kilat/lebihan air.
- Kawasan tidak berturap kadar susupan tinggi simpanan air lebih banyak di bawah tanah.

v)  Tumbuhan
-     Kawasan litupan hutan  mengalami kadar sejatpeluhan tinggi maka kadar lembapan dan kerpasan yang tinggi.
-     Kawasan yang mengalami penyahutanan mengalakkan kejadian aliran air permukaan iaitu banjir kilat.

vi) Batuan
- Ciri-ciri batuan seperti keporosan dan ketelapan boleh mempengaruhi imbangan air tanah dalam lapisan akuifer.
- Jenis batuan telap air dapat menampung air dipermukaannya dalam jumlah yang lebih banyak seperti tanah liat dan batu syal.
- Batuan yang tidak telap air akan membenarkan air mengalir melaluinya maka simpanan air dipermukaan kurang seperti batu kapur dan kuarza.


4.5  Kepentingan

a)      Kepentingan Air

i   Bekalan air domestik
-     Untuk keperluan seharian rumahtangga seperti mencuci, minum, mandi.

ii)  Kegiatan pertanian
    Sistem pengairan dapat mengawal input dan output air dikawasan tanaman/ sawah padi.

iii) Sektor perindustrian
-     Air digunakan sebagai bahan pencuci, penyejukan enjin dan jentera kilang
-     Bekalan air bersih yang berterusan amat di perlukan dalam pemerosesan kertas dan petrokimia.

iv)                Jalan air – sungai, tasik, laut.

v) Empangan hidroelektrik

b)      Gangguan imbangan air terhadap aktiviti manusia

i) Kejadian Kemarau

Aktiviti manusia yang terganggu ialah:-

          a)       Pertanian
-     Kekurangan air/hujan  akan menyebabkan tanah pertanian kering dan merekah
-     Cuaca yang kering meningkatkan kehilangan air daripada permukaan tanah dan tumbuhan

b)           Masalah kebuluran dan kekurangan makanan
-     Akibat daripada pengeluaran hasil pertanian yang terjejas akibat kemarau seperti di negara Afrika ( Somalia dan Utopia)

c)  Krisis air
- Berlaku di kawasan penduduk padat/bandar
- Jumlah air di empangan sungai dan tasik surut
- Catuan air dan bekalan air tidak berkualiti : masalah penyakit taun

d)   Sektor perikanan/akuakultur  
- Bekalan air sukar didapati untuk kolam ikan


ii)           Kejadian banjir
-          Aktiviti manusia yang terganggu ialah:

a)  Pertanian
    Tanaman rosak dan ternakan mati kerana di tenggelami air

b)   Perikanan
-  Kegiatan penangkapan ikan di laut terhenti kerana hujan lebat dan laut bergelora pada musim tengkujuh

c)   Pengangkutan
- Sistem perhubungan terputus kerana jalanraya di naiki air dan jambatan runtuh

d)   Rekreasi dan pelancongan
- Kedatangan pelancong berkurangan kerana jalanraya dan lapangan terbang ditutup – mobiliti pelancong terhad

e)   Perkhidmatan sosial
-  Bekalan air dan  letrik terganggu semasa banjir dan sekolah terpaksa ditutup



iii)   Banjir Kilat

- Aktiviti manusia yang tergganggu:

a)  Jaringan pengangkutan
-     Pergerakan penduduk bandar terganggu kerana struktur seperti jalanraya, tempat letak kereta, laluan terowong (smart) di penuhi air banjir.

b)  Rekreasi pelancongan
-     Pusat-pusat pelancongan di bandar kurang dikunjungi kerana gangguan banjir di kawasan tersebut
     
c)  Perkhidmatan Perniagaan
-     Bangunan kedai ditutup kerana barangan jualan rosak ditenggelami air.

d)  Perkhidmatan sosial
-     Infrastruktur awam mengalami kerosakan kesan daripada banjir
-     Kawasan taman perumahan yang buruk sistem peparitannya terjejas teruk kerana banjir.



c)       Penyesuaian manusia terhadap kurangan air dan lebihan air

i) Hujan tiruan
- Mengadakan proses pembenihan awan di kawasan yang dikenalpasti untuk mengatasi masalah kurangan air/kemarau

ii) Sistem pengairan
- Membina rancangan pengairan pertanian, tali air dan terusan untuk mengawal bekalan air yang berterusan untuk mengatasi masalah kurangan air/kemarau

iii) Penghutanan
- Melaksanakan program penanaman semula hutan untuk dikekalkan sebagai kawasan tadahan air supaya lebihan air/kerpasan dapat meningkatkan kadar penyusupan air dalam tanah

iv)  Penyahutanan
- Aktiviti penebangan hutan secara haram dan tidak terkawal perlu dikurangkan supaya proses sejatpeluhan tidak terganggu dan mengurangkan air larian permukaan.


Soalan Tema Hidrologi ( Kumpulan 4)

Soalan 1    

a) Lukis dan  labelkan  rajah kitaran hidrologi. (5 )
b) Terangkan proses-proses menegak yang terlibat dalam kitaran hidrologi.  (10)
c)  Jelaskan bagaimana gangguan terhadap kitar hidrologi boleh mempengaruhi    aktiviti manusia. (10 )

Skema jawapan
1 a)


Melukis rajah = 2 markah
Pelajar mestilah melabel 3 proses penting = 3 markah

1 b)     Proses Menegak

-          B1 Sejatan – Proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Apabilan tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai tahap beku.
-          B2 Sejatpeluhan – Perpeluhan melibatkan pembebasan wap-wap air ke atmosfera tetapi berlaku menerusi liang-liang stoma daun kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.
-          B2 Kerpasan- Hujan, salji dan embun. Bila bintik-bintik air atau ais di udara turun ke bumi.
-          B3 Resapan – Susupan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi liang-liang pori tanah.
-          B4 Aliran batang – Aliran air hujan yang menuruni dahan dan batang pokok sebelum menyusup kedalam tanah.

5 proses x 2 m = 10 m

1 c)      CX – mengenalpasti gangguan air : -
                        Lebihan air
                        Kurangan air =  2 m

-           Gangguan kepada aktiviti manusia

C1 –     Industri
C2 –     Rekreasi
C3 –     Penternakan
C4 –     Akuakultur
C5 –     Perniagaan
C6 –     Pengangkutan

Mana –mana dua daripada setiap gangguan : 4 x 2 m = 8 m


Soalan 2    

a) Terangkan konsep imbangan air sedunia.(5 )
b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air.(10)
c)Huraikan cara-cara penyesuaian manusia terhadap kurangan dan lebihan  air.(10)

Skema jawapan 

2a)      Konsep Imbangan Air
-    Jumlah kerpasan yang diterima sama banyaknya dengan jumlah air yang mengalami sejatpeluhan, tersimpan dalam tanih dan larian permukaan
-     Rumusan  imbangan air

P= ET + ST + r
P= Kerpasan , ET= sejatpeluhan, r= air larian permukaan
           
 2b)     Faktor Variasi Imbangan air

B1     Ketinggian 
-          Kawasan tanah tinggi mengalami imbangan air sedikit kerana susupan tinggi dan pergerakan air menuruni cerun
-          Kawasan tanah rendah mempunyai  banyak simpanan air dalam bentuk aliran mendatar seperti takungan sungai, tasik dan laut.

B2     Aspek
-          Bahagian cerun yang menghadap angin di kawasan tanah tinggi/banjaran menerima taburan hujan lebih banyak
-          Kawasan lindungan hujan kurang lembapan dan hujan.

B3     Hujan
-          Kawasan yang menerima taburan dan jumlah hujan yang banyak mempunyai kerpasan yang tinggi seperti kawasan tropikal lembap
-          Kawasan yang kurang menerima hujan mempunyai jumlah kerpasan yang rendah/sejatan tinggi seperti di kawasan beriklim gurun panas.
B4     Topografi
-          Kawasan permukaan berturap kadar aliran air permukaannya tinggi berlaku banjir kilat/lebihan air.
-          Kawasan tidak berturap kadar susupan tinggi simpanan air lebih banyak di bawah tanah.

B5     Tumbuhan
-     Kawasan litupan hutan  mengalami kadar sejatpeluhan tinggi maka kadar lembapan dan kerpasan yang tinggi.
-     Kawasan yang mengalami penyahutanan mengalakkan kejadian aliran air permukaan iaitu banjir kilat.

B6     Batuan
-     Ciri-ciri batuan seperti keporosan dan ketelapan boleh mempengaruhi imbangan air tanah dalam lapisan akuifer.
-     Jenis batuan telap air dapat menampung air dipermukaannya dalam jumlah yang lebih banyak seperti tanah liat dan batu syal.
-     Batuan yang tidak telap air akan membenarkan air mengalir melaluinya maka simpanan air dipermukaan kurang seperti batu kapur dan kuarza.
  
            Mana-mana 5 faktor  x 2m = 10 m

2c)       Penyesuaian manusia terhadap kurangan air dan lebihan air

C1     Hujan tiruan
-          Mengadakan proses pembenihan awan di kawasan yang dikenalpasti untuk mengatasi masalah kurangan air/kemarau

C2     Sistem pengairan
-          Membina rancangan pengairan pertanian, tali air dan terusan untuk mengawal bekalan air yang berterusan untuk mengatasi masalah kurangan air/kemarau

C3     Memajukan sumber air bawah tanah
-          Mengerudi dan mengepam keluar air untuk disalirkan ke loji pembersihan sebelum di agihkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan yanag sedia ada.

C4     Penghutanan
-          Melaksanakan program penanaman semula hutan untuk dikekalkan sebagai kawasan tadahan air supaya lebihan air/kerpasan dapat meningkatkan kadar penyusupan air dalam tanah

C5     Penyahutanan
-     Aktiviti penebangan hutan secara haram dan tidak terkawal perlu dikurangkan supaya proses sejatpeluhan tidak terganggu dan mengurangkan air larian permukaan.

C6     Memperluas dan memperdalam alur-alur sungai
-     Mempercepatkan lagi proses aliran air ke laut. Melibatkan kerja-kerja meluruskan alur sungai, memotong liku-liku sungai dan memperbanyak laluan air keluar.

Mana-mana 3 penyesuaian kurangan air dan 2 lebihan air atau 3 lebihan air dan 2 kurangan air x 2 m = 10 m


Soalan 3

  Berdasarkan jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1 : Jumlah Kerpasan, Lebihan Air dan Kurangan Air Di Pulau Impiana 2002

Bulan/mm
J
F
M
A
M
J
J
O
S
O
N
D
Kerpasan
445
409
259
274
244
152
203
185
356
411
356
394
Lebihan air/kurangan air
356
297
143
-74
-84
-53
-63
-85
156
367
258
251

a)         Dengan menggunakan jadual 1 di atas, kira jumlah sejatan di Pulau Impiana pada tahun 2002. (6)
b)         Berdasarkan maklumat kerpasan dan hasil kiraan sejatan, lukis graf garisan bagi menunjukkan jumlah kerpasan dan jumlah sejatan bagi Pulau Impiana. (10)
c)         Huraikan kegiatan ekonomi primer yang boleh dijalankan di kawaan tersebut.(9 m)


Skema jawapan

3a) 


Bulan/mm
J
F
M
A
M
J
J
O
S
O
N
D
Kerpasan
445
409
259
274
244
152
203
185
356
411
356
394
Lebihan air/kurangan air
356
297
143
-74
-84
-53
-63
-85
156
367
258
251
Sejatan
89
112
116
200
348
205
260
185
200
44
98
143






3b) 

Tajuk yang betul = 1 m
       Skala dan paksi yang sesuai = 1 m
       Petunjuk = 1 m
       Plotan = 6 m
       Kebersihan dan Kesempurnaan = 1 m


3c)       Cx  mengenalpasti 3 ekonomi primer  = 1 m
      C1 Pertanian = 2 m
      C2 Pembalakan = 2 m
      C3 Perlombongan = 2 m
      C4 Perikanan = 2 m
      Pernyataan 3 aktiviti ekonomi  dan 4 aktiviti = 9 m

✿ Realiti Kehidupan ✿