Assalamualaikum.. hari ni terbaca satu artikel dari surat khabar,terus ingat PA2...untuk pelajar tingkatan 6 jangan lupa baca tau.. untuk PA2 bahagian a laras sains,bab sosial soalan yang paling famous sekali buat masa sekarang.. dan isu semasa.,sperti yang kita tau kes pembuangan bayi @ amat membimbangkan statistik PDRM menunjukkan 517 bati dibuang diseluruh negara,sejal enam tahun lalu,Statistik itu turt menyatakan, kebanyakan kes buang bayi dilakukan individu terutama gadis yang bimbang maksiat terbongkar selain tiada tempat mengadu.
Pengarah jabatan siasatan jenayah bukit aman berkata,berdasarkan perangkaan,203 mangsa dikenalpasti sebagai bayi perempuan manakala 14 bayi perempuan.Bagaimanapun,150 kes lagi gagal dikenalpasti jantina berikutan keadaan bayi tidak cukup sifat atau hanya penemuan janin. Daripada jumlah itu,230 bayi masih hidup manakala 287 sudah meniggal dunia, manakala pada 2008 mencatatkan jumla pembuangan bayi iaitu 102 kes.Statistik itu amat menggerunkan apatah lagi gejala buang bayi terus berlaku. Dalam bulan lalu, 1 kes bayi dilaporkan dan angka ini dijangka meningkat.
Beliau turur mendedahkan,gejala pembuangan bayi in banyak di pengaruhi faktor bimbang rahsia terlanjur melakukan hubungan seks diketahui keluarga dan rakan,selain tiada tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat ,jagaan dan sokongan moral daripada masyarakat.Apa yang jelas kebanyakan remaja yang mengandung anak luar nikah itu tetap melakukan perbuatan kejam berkenaan walaupun menyedari perbuatan membuang bayi yang baru dilahirkan menyalahi undang-undang,"katanya.
Hakikatnya,kes pembuangan bayi membabitkan remaja mengandung anak luar nikah adalah antara masalah sosial parah mesti ditangani segera dan perlukan pendekatan serius.Impak yang ditimbulkan bukan kecil tetapi lebih banyak buruk,termasuk mengenai kesihatan remaja itu sendiri apabila hamil ketika usia masih terlalu muda atau berdepan dengan risiko kehamilan awal.
Kesan psikologi kehamilan pada remaja yang belum berkahwin adalah jelas. Remaja mungkin terpaksa menyesuaikan diri menjadi bu, dan menghadapi cemuhan masyarakat. Jika remaja berkahwin, kemungkinan besar perkahwinan itu tidak kekal.Kesan psikologi pada remaja dan kanak-kanak adalah berkekalan.
Fakta turut membuktikan lebih muda ibu hamil maka lebih serius akibat fizikal kehamilan itu. Malah masalah kehamilan, kelahiran dan keguguran adalah sebab utamaa kematian wanita berumur antara 15 tahun hingga 19 tahun akibat kehamilan remaja.Kehamilan dan kelahiran oleh ibu remaja juga mebawa risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kehamilan oleh wanita dewasa.Selain itu, hamil ketika remaja memberi pelbagai kesan negatif terhadap golongan remaja terbabit.
Ketika mengandung remaja berkenaan berisiko tinggi memepunyai kurang darah (anemia) disebabkan pemakan yang tidak seimbang atau teratur.Mereka juga berisiko melahirkan bayi pramatang serta menghidap pre-klampsiaPre-klampsia adalah keadan apabila seseorang mempunyai darah yang tinggi serta kencing kotor (protein dalam urin). Pre-klampsia jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan juga bayi.
Kebanyaka remaja yang mengandung tidak hadir ke klinik untuk membuat pemeriksaan anteanatal kerana malu ingin merahsiakan kandungan, tidak faham proses kehamilan atau kesempitan wang. ini menyebakan semua risiko itu dikesan pada peringkat yang lewat.
Remaja juga mempunyai tulan pinggul yang lebih kecil menyebabkan kesukaran melahirkan anak. Risiko untuk mereka melahirkan anak secara pembedahan adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang lebih dewasa.
Selain kesan negatif terhadap pekembangan fizikal, kehamilan remaja juga memberi impak begatif terhadap
kesihatan mental serta sosial mereka. Remaja yang mengandung sering
kemurungan disebabkan tekana emosi akibat pandangan seseorang masyarakat setempat terutama mereka yang belum berkahwin.Mereka juga
kurang berkeyakinan diri disebabkan ketiadaan pekerjaan yang stabil serta kurang peluang untuk meneruskan pengajian berbannding yang lain.
Hubungan bebas seks luar nikah juga boleh menyebabkan remaja terbabit menghidap penyakit kelamin seperti sifilis, HIV dan Hepatitis B. Justeru,beliau menyarankan pendedahan mengenai bahayanya seks rambang atau luar nikah harus ditekankan kepada setiap remaja. Mereka wajar diingatkan berkali-kali untuk menghindari seks sebelum berkahwin , disamping itu perlu diberi pendedahan mengenai kaedah pencegah kehamilan seterusnya membawa kepada penguguran haram atau buang bayi.
Dr.Nur Azura tidak menafikan, isu kehamilan remaja adalah isu yang hangat diperbincangkan saban hari. Tidak dapat dinafikan isu itu perlu ditangani dari pelbagai aspek oleh pihak terbabit.katanya, remaja perempuan haruslah lebih bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri. Mereka perlu mengelak daripada melakukan hubungan luar nikah. Mereka juga harus berani serta bersikap tegas menolak permintaan pasangan untuk melakukan hubungan seks luar nikah.
"Remaja perempuan belum berkahwin sesungguhnya tidak perlu membuktikan cinta denga menggandai kehormatan mereka.Mereka harus sedar, pasangan yang baik tidak akan memaksa atau meminta mereka melakukan perbuatan terkutuk itu.Sebalinya, pasangan yang baik akan sentiasa menjaga kehormatan mereka sewaktu bercinta mahupun selepas berkahwin.Adalah lebih baik simpan kehormatan diri sehingga berkahwin denga pasangan yang dicintai.
"Bagi remaja lelaki, elakkan diri daripada mensia-siakan orang yang meletakkan kepercayaan pada mereka.Fikr dulu sebelum melakukan apa-apa. Jangan melakukan sesuatu pada seseorang seperti mana anda tidak mahu orang lain melakukan pada saudara perempuan anda atau anak anda sendiri."nasihat Dr Nur Azurah,Perunding Jabatan Obstetik dan Ginektologi, Pusat Perubatan, UKM.
INFO
ANTARA RISIKO KEHAMILAN AWAL:-
- Kematian akibat toksimei 3,5 laki lebih tinggi
- Pertumbuhan ibu remaja munkin terganggu terutama ketidakseimbangan terhadap pelvis(saiz pelvis lebih kecil dari saiz kepala bayi)
- Berkemungkinan mengalami anemia ketika hamil.
- Tempoh kelahiran adalah panjang boleh memudaratka kesihatan ibu dan bayi
- kematian kehamilan ibu adalah 60 % lebih tinggi berbanding wanita dewasa
ANTARA RISIKO BAYI DILAHIRKAN IBU REMAJA :-
- Kematian bayi 2.4 kali lebih tinggi di Amerika syarikat
- Kematian bayi berumur kurang daripada setahun adalah 3 kali ganda lebih tinggi untuk anak yang dilahirkan ibu remaja,
- Berat badan bayi rendah, berkemungkinan besar sakit dan mati.
- Bayi kurang sihat.
- Kelahiran bayi cacat seperti terencat akal,sawan, rabun ,pekak,dan kecacatan kognatif.
- Bayi mengalami kekurangan zat besi di awal pertumbuhannya.
BAGAIMANA ANDA TAHU ANAK HAMIL?
PERHATIKAN TANDA-TANDA SEPERTI BERIKUT:-
- Tidak datang haid.
- Pendarahan vagina yang luar biasa.
- Loya atau muntah.
- Payudara terasa sakit atau membesar.
- Letih atau pening.
- Perut semakin membesar.
- Jangkitan saluran air kencing.
- Perubahan berat badan.
bahagian yang ina higlight tu...antara point-point dia...k selamat membaca. tq kerana sudi
(sumber petikan : berita harian sabtu 19 februari 2011)
✿ Realiti Kehidupan ✿