Followers

Thursday, February 17, 2011

:: Bagaimana untuk mengenali tekanan mental? ::

TIP BELAJAR CEMERLANG


Sape yang mengalami tekan mental??hahahaha.....biasa la time study ni macam-macam tekanan boleh dapat.,kita kena pandai menguruskan  sendiri la.banyak la membaca buku motivasi ke ceramah ke atau apa-apa artikel yang boleh bantu kita,tudak pun pergi la minta bantuan sesiapa yang boleh bantu,,,lebih kurang macam ina la..

apakah itu tekanan mental?
Tekanan mental adalahtindak balas individu terhadap suatu peristiwa yang berlaku,yang memerlukan individu tersebut membuat penyesuaian dalam diri @ persekitarannya.Tekanan mental adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita dan ia sebahagian daripada kehidupan harian.

Adakah tekana mental selalu mendatangkan keburukan?
Tidak semua tekanan mental mendatangkan keburukan.Tekanan mental yang sederhana adalah baik kerana ia mendorong kita menjadi lebih bermotivasi dan cergas.Tetapi tekanan mental yang berlebihan boleh menganggu kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dan menyebabkan penyakit seperti gastrik,jantung,dan penyakit saluran penafasan.

Bagaimana menganali tekanan mental dalam diri anda?
Ada beberapa gejala yang menunjukkan anda mengalami tekanan mental.Apabila tekanan mental atau stres bertambah di dalam diri seseorang ,ia akan sering mencari jalan keluar melalui tindakan atau perlakuan yang mengikut emodi.Tanda-tanda tekanan mental yang dialami berbeza, bergantung kepada personaliti individu tersebutdan pengalaman masa lalu.

gejala tekanan mental yang sering dialami merangkumi aspek :-


PERASAAN

  • Merasa cepat marah
  • sentiasa merasa cemas dan bimbang
  • mudah letih dan kurang daya motivasi
  • mudah terkejut dan cepat bosan serta hilang minat
  • berasa cepat putus asa.
  • sukar untuk bergembira dan ketawa.
FIKIRAN
  • Fikiran bercelaru
  • Kurang daya tumpuan
  • Takut gagal
  • Menjadi pelupa
  • Sukar membuat keputusan.
TINGKAH LAKU
  • Cenderung bertindak secara melulu.
  • Hilang selera makan @ makan secara berlebihan.
  • Tabiat merokok yang meningkat.
  • Penggunaan alkohol @ ubat-ubatan berlebihan.
  • Mengalami masalah gangguan tidur
  • Suka mengasingkan diri.
FIZIKAL
  • Sering sakit kepala
  • sakit ulu hati
  • sering mengalami sakit dada dan berdebar
  • sukar bernafas
  • Rasa loya.
  • Sakit sendi-sendi dan otot.
  • Kering mulut dan kerongkong.
  • Kerap kencing.
  Jika anda mengalami tanda-tanda tekanan mental yang berlebihan, jangan biarkan ia berterusan yek..hehee.Anda (termasuk ina) perlu mencari cara menghadapi tekanan mental...jangan biar lama-lama tau,nanti penyakit lain pula yang datang.. so sekarang periksa diri anda dimana tahap yang anda sedang mengalami...




✿ Realiti Kehidupan ✿

No comments:

Post a Comment