Followers

Monday, November 29, 2010

:: Solat Taubat Penjernihan Jiwa ::

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

✿ Realiti Kehidupan ✿

Sunday, November 28, 2010

:: STRESS.. ^_^ ::

 ni la muka tume epy
sodih..


apa yang patut ina buat sebenarnye??
tolong bagi jawapn dekat ina...
sakit kepala memikirkan..
POLITEKNIK @ FORM 6???
yang mana harus ina pilih??
kakak??!!
ina bukan xnak hargai jasa orang selama ini..
tolong bagi ina peluang untuk buat pilihan ina sendiri..
ina dah besar,,memang k.am niat nak tolong..
tapi k.am sanggup tengok kami terseksa untuk puaskan hati akak??!
ina sayang semua orang,ina tahu apa yang orang harapkan dari ina
tapi bagi sedikit ruang untuk ina..
kenapa selalu pandang rendah dengan sekolah?
dengan cikgu??
kenapa x suka ina rapat dengan cikgu??
sedangkan diorang banyak pengorbanan dengan kita...
ina bukan jenis tu..
kalau orang yang dah banyak berjasa dekat ina susah untuk ina lupakan,
k.am sanggup tengok kami menangis setiap hari ke??
muka ni setiap hari munafik...
sentiasa ukirkan senyuman supaya dapat hiburkan hati..
tapi apa yg benar,serabut kepala otak ni...
cukup la setakat ni,,
kami pun ada perasaan...jangan samakan zaman sekarang
dengan tahun2 yanga akak pernah lalui dulu..!!
dunia dah berubah,ina x sanggup hidup dalam kemelut macam ni..
insyaallah akan ina gembirakan mak ayah suatu hari nanti..
Mak..ayah..!!
ina janji ina xkan sia2 hidup ina lepas ni..
ina dah nekad nak belajar sungguh2..xmacam dulu lagi
sekarang baru ina sedar mak..ayah..
ina x minx apa2 pun..
ina tahu dulu ina belajar main2,
tapi sekarang ina dah dapat pupuk kesedaran tu dalam diri na,,
ina janji kali ni ina sungguh2
ina akan cuba capaikan apa yang mak ayah harapkan,,
berilah ina sedikit ruang..

kakak,abang..
adik x minx duit..
adik kumpul duit setiap hari untuk beli semua buku latihan,
adik simpan duit sekolah yang mak bagi setiap hari,,
adik cuma mintak kak & abang bagi sokongan kat adik..
adik nak hidup macam orang lain,,,
bukan macam ni...
tolong la adik...

✿ Realiti Kehidupan ✿

:: PERSAHABATN YANG TERUTUH KEKAL LAMANYA ::



Selama 5 tahun ina sek kat sini…hari ini dan tahun baru ina dapat mengenali bertapa perit dan manis dalam persahabatn…xpernah wujud kesetiaan ina dlm persahabatn sebelum ni,tp bila semua semakin membesar pemikiran pun semakin matang banyak yg perlu dititikberatkan dalam kehidupan.ina amat hargai setiap masa dan waktu ina bersama kengkawan ina,,
Semasa ina di ting 4 ina dapat masuk kelas 4sc berat hati utk terima tp sebab ada perasaan ingn mencuba,,ina ambik pluang yg ada..mula2 segan juga sebab lam kelas tu ina ina budak yg kelas terakhir masa ting 3..tp kngkawan ramai yg ina dah kenal ok la juga..ina seronok masuk kelas tu sebab kengkawan yg ada situ sentiasa mghargai org lain x mcm ting 3 perangai cam budak2 lagi suka bergaduh…masa tu ina punya perangai x brapa stabil lagi masih tunggang terbalik…dekat2 bulan 4 ina ambik keputusan nak duduk asrama pula sebab kawan2 yg ajak.. sejak ina duduk asrama ina bertambah rapat dengan kengkawan ina.,perangai ina semakin banyak perubahan solat semua dah x tnggal,study pun dah x lepas..kawan2 banyak pengaruhi kearah kebaikan,,asrama pun byk embantu ina utk ubah diri ina dengan peraturan2 yg ada kat asrama…ina ni jenis org yg sukakan perutaran ttapi x terlalu ketat n lonngar la.. sebelum ni ina xfaham apa yg penting sangat dengan seoran sahabat??! Tapi sekarang dah paham dah..ina duduk asrama sekali denga asiah,syuhada,husnina,eton,n liza,,kami dok satu blik.
setiap kali waktu makan kami duduk satu meja,study satu bilik,gossip pun sepakat,kuang3.dekat sek atau asrama sama saja kami,kat mana pun sekali…start pada tu ina mula rasa kebahagiaan dalam kehidupan dalam persahabatn..kawan2 ina ni banyak mengajar ina tentang erti kehidupan sebenar,ina x pernah berahsia denga depa,,sentiasa di kongsi..
tahun 2009 pula kami stiil duduk asrama,tapi kami dah xdok satu bilik bab ada tugas masing2..tp study makan n perkar2 lain kami still dok sekali gak la Cuma bilik ja..kadang2 ina pernah rasa juga perasaan cemburu ngn kengkawan ni..bila dorang cam xpedulikan ina atau buat hal msing2 je ina jdi cam xtoqah ja,,,ada ja benda yg bermain di fikiran ni..ina minx maaf la ina ni sensitife sikit n kuat merajuk..kih kih kih
lam kelas pula ina manja sikit dengan kengkawan..semua nak org buatkan..budak kelas ina org yg pling cool la..sentiasa memahami org lain,,apa yg berlaku kami kongsi sama2,kami suka bekerjasama,,tapi kadang2 tu bila ketegaq tu ketegaq la juga,,kan3
tapi sekarang dah masuk 2010 dah xmacam dulu lagi………….semua buat hal masing3..ina sedih sangat ,sory ina feeling sikit bab2 ni,(menangis),ina dah xde tempat nak kongsi 
✿ Realiti Kehidupan ✿

:: NEW CLASSMATE 2010 ::


ni la kengkawan baru ina...
wlupun dah lama kenal tpi skrg xmcm dulu..
ina 1 kelas ngn dorang sekarang ni ppub1.
best la kawan ngn depa ni..kadang2 lawak pun ada la juga..
tpi xsama ngn classmate ina sebelum ni,,
stakat ni ina still xdapat kawan yg ina leh kongsi pape2 depa ni ckit je bleh...
maksud sebelum ni kan ngn classmate lama pastu dorang semua dah keluar g blajar tempat lain
..tinggal ina je la...walaupun ina cuba untuk sesuaikan diri dengan keadan baru ni..
alhamdulillah stakat ni ok lagi la :)

✿ Realiti Kehidupan ✿