Followers

Wednesday, March 30, 2011

PENGGUNAAN LASER (LARAS SAINS) PA2

LASER-light amplification by stimulated emission of radiation / Penguatan Cahaya oleh Pancaran Sinaran Terangsang.
Penggunaan meluas  semakin ketara dlm bidang maklumat / komunikasi,perubatan dan industri.
Satu lonjakan dlm pembangunan manusia dan negara.

ISI-ISI PENTING

Teknologi laser penting dlm bidang telekomunikasi.
Kini gentian optik(laser) menggantikan peranan kabel.
Jaluran laser lebih luas.
Jadi penting untuk saluran telefon,videofon mahupun televisyen.
Malah maklumat bunyi dan suara dihantar adalah lebih cepat dan tepat.
Risiko kehilangan data dan suara adalah minimum.
Saluran laser bebas daripada gangguan luar.

Laser juga digunakan utk tujuan hiburan
Pemancaran laser ke udara menghasilkan imej dan bentuk yang menarik serta berwarna-warni.
Persembahan laser byk digunakan dlm pertunjukan pentas,acara sukan, dan acara sambutan utk menghiburkan orang ramai.
Teknologi laser juga digunakan dlm peralatan audio video.
Muncul medium penstoran data audio video seperti cakera padat(CD), cakera padat video(VCD), dan cakera video digital(DVD).
Jelasnya,teknik audio video yang canggih mendatangkan kemajuan kepada bidang muzik dan hiburan.

Teknologi laser menghasilkan peralatan pejabat
Pen laser merupakan alat penunjuk yang canggih.
Alat pembaca jalur berkod dpt merakamkan maklumat barangan.
Misalnya maklumat tentang jenis barang,harga serta bilangan stoknya.
Jumlah jualannya dan simpanan stok dpt diketahui dgn segera.
Alat pencetak laser,penyalin laser,dan mesin faksimili laser juga penting.

Kesihatan manusia lebih terjamin
Meningkatkan kecekapan dan kemujaraban bidang perubatan
Laser mengesan dan membunuh sel-sel kanser.
Laser merawat penyakit kulit.
Laser dpt membuang tanda lahir dan tatu tanpa parut.
Pembedahan seni juga memerlukan teknologi ini.
Dgn itu,taraf kesihatan manusia lebih terjamin.

Laser memajukan bidang perindustrian
Laser merupakan antara alat pemecah dan pemotong yang termoden.
Laser dpt memotong batu permata,intan dan kaca dgn halus
Ini dpt meningkatkan kecekapan pengeluaran.
Dgn ini,kualiti hasil industri akan meningkat.
Kos pengeluaran juga dpt dijimatkan.
Ini akan mendatangkan keuntungan besar kepada para pengusaha.

KESIMPULAN

Laser kian sebati dgn kehidupan kita.
Namun begitu,kita perlulah memastikan laser tidak disalahgunakan.
Penggunaan bijak menjamin kemajuan.




✿ Realiti Kehidupan ✿

No comments:

Post a Comment