Followers

Friday, February 25, 2011

:: Sweet memories ::

 Beautiful memories of 2009 in SMLB..!!!
 program khidmat masyarakat sivik under cg salina mengecat masjid labu masa form5 n sekolah pasti masa form4 ..date dah x igt la..tapi 2008 &2009 la


 ni masa hari raya 2010.. raya ke berapa ek..urm ke4 kot..
best g kutip duit raya ramai2

ni after dapat result..ustazah buat jamuan sebab semua dapat A dalam pendidikan islam
tunaikan janji...ustazah cakap dia nak buat lagi tapi ntah bila seronok katanya,,,hehe
bab makan jalan je

 first reunion 5sc bulan 3 sebelum ambik result spm..
sama dengan besday mimi 2/3/2010
ramai ckgu yg dtg tq..

majlis mesra pelajar+majlis akhir tahun..the best in smklb
27/10/2009
 berkelah dekat Lata Bukit Hijau ala2 reunion la 
3/2/2011

 celebrate birthday asiah 
05/11/2010

happy deepavali wif charu n family...second day..
2010

hahaha...ni adalah anggota 5scn yg sye syg,yg sye rindu...

best frenz for ever..EX-5SCN 2009
*wawa -matrik kedah (kmk)
*mi'a,sufri- politeknik 
*raja- stpm laras sains at smk badlishah
*Asiah- unisza terengganu
*waniey-kolej swasta UNIKOP
*Ain,Hasni.Faezah,Mimi- UITM merbok (kos yg berbeza)
*Husnina-SEGi damansara
*Logesh & charu - IPG ipoh (cg)
*iena.effa,liza,syue,syaffiq.amirul,midah,lijah,radzi,idin,fariza, n naim-
still at SMKLB bakal2 pelajar cemerlang 2012 study f6 la stpm satera..
*zarul yang berjaya masuk TUDM..
TAHNIAH SEMUA SEMOGA BERJAYA..!!!
soRry ada pic yg tertinggal x cukup ruang..

✿ Realiti Kehidupan ✿

Thursday, February 24, 2011

:: hari yang malas ::

kenapa la hari ni ina malas??
xde mood pula nak tengok buku..sedangkan test x abes lgi..
kacau bilau betul..
boleh tak kalau ina mengqadarkan waktu study ni pada esok pagi je?
boleh ke macam tu,..ish2 x boleh ina
ha hari ni 24/2/2011 semua pelajar ppu mengucapkan ribuan terima kasih
dekat cg asri dan teacher najihah sebab dah belanja kami makan kat restoran smklb...hahaha
puas makan hari ni sebab orang belanja..
bayangkan 51 orang makan tanpa had..hahaha
sempena ulangtahun perkahwinan cg ASNA yg ke berapa ntah..
semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu dah dimurahkan rezeki..
happy anniversary
cher g..cg muet kami yang sentiasa caring.n sporting.
she is loving

cg asri yang sentiasa sabar dengan kerenah kami..
dan x pernah jemu bagi tazkirah kat kami..kalau kelas 2 masa 1 untuk belajar 1 ag slot tazkirah...
best byk maklumat yg kami dapat walaupun xmembaca..tapi last2 sekali xtau pa juga...hhaha


tapi tiba-tiba lak ina teringat...
urmmmmmmmm..

gambar kami yang sentiasa bersama dikala senang dan susah,,
time ni kami wat besday suprise kat cg nooraini kounselor sek...







guru kaunselor smklb..sye adalah org pertama yg dikaunselingkan msa cg nooraini baru dtg..
masa tu sye tingkatan 3,,orang yang byk masalah..hahahhaha
tahun berapa ek???2007 kot law x silap..





hari raya ke4 2010

miss u all...


ramainye....



dah nak balik bye2....

muka2 ketaq time pertandingan sajak..2010




✿ Realiti Kehidupan ✿

Monday, February 21, 2011

:: Result STPM ::

orang lain yang nak ambik aku n kengkwan yang excited lebh...kami la yang rasa ketaqnya,takutnya macam ada la..alhamdulillah tahun ni smklb berjaya naikkan nama lagi hingga ke peringkat negeri.. no 1 dalam daerah no 6 dalam negeri.. memang betul2 gempak la... macam mana la denga result 2012 nant??ops tidak skali,,aku harapkan yang terbaik... ni antara luahan cg2 smklb dalam fb...

"Alhamdulillah, lega. Syukur kerana keputusan kali ini amat baik. Keseluruhan terbaik di Kulim (no 1) dan tempat ke-6 di Kedah. Tahniah kepada semua yang berjaya. Tahniah juga kepada guru-guru F6. Kita akan cuma kekalkan prestasi ini.Malah akan cuba memperbaikinya lagi. Kepada anak didikku tahniah sekali lagi semoga semua akan ke menara gading." cg as


"Diharap dapat menjawab byk pertanyaan...keputusan STPM 2010...keputusan 100% dgn gred purata 2.79.....no 1 di kulim,no 6 di kedah....thanx atas komitmen guru2 PPU,sokongan pengetua...n congrate pada yg berjaya..yg x berapa berjaya..masih ada ruang lagi........."  cg sha pk f6

✿ Realiti Kehidupan ✿

Sunday, February 20, 2011

:: what happen? ::

"SAYA MAHU JADI YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG TERBAIK.."


"ONLY ME CAN BEAT ME"


"power to 1000, wanted 1000


"the ladder of success""


✿ Realiti Kehidupan ✿

Saturday, February 19, 2011

:: Kesukaran untuk tidor ::

aaaarrrgghhhhh....tak sukanya duduk dalam keadaan macam ni..
tiap-tiap malam susah nak tidor la kenapa..
pastu asyik terjaga ja..kerap pulak tu..
bangun awal..
urm ina risau la pergi sekolah lepas rehat je mesti ngantuk..
selalu tak pun..
pastu sakit kepala,,tak suka macam ni..
huhuhuhuhu..camna nak buat..
macam mana ina nak fokus lam kelas..

✿ Realiti Kehidupan ✿

Friday, February 18, 2011

:: Remaja Gadai 'Kehormatan' Demi Cinta ::


Assalamualaikum.. hari ni terbaca satu artikel dari surat khabar,terus ingat PA2...untuk pelajar tingkatan 6 jangan lupa baca tau.. untuk PA2 bahagian a laras sains,bab sosial soalan yang paling famous sekali buat masa sekarang.. dan isu semasa.,sperti yang kita tau kes pembuangan bayi @ amat membimbangkan statistik PDRM menunjukkan 517 bati dibuang diseluruh negara,sejal enam tahun lalu,Statistik itu turt menyatakan, kebanyakan kes buang bayi dilakukan individu terutama gadis yang bimbang maksiat terbongkar selain tiada tempat mengadu.
  Pengarah jabatan siasatan jenayah bukit aman berkata,berdasarkan perangkaan,203 mangsa dikenalpasti sebagai bayi perempuan manakala 14 bayi perempuan.Bagaimanapun,150 kes lagi gagal dikenalpasti jantina berikutan keadaan bayi tidak cukup sifat atau hanya penemuan janin. Daripada jumlah itu,230 bayi masih hidup manakala 287 sudah meniggal dunia, manakala pada 2008 mencatatkan jumla pembuangan bayi iaitu 102 kes.Statistik itu amat menggerunkan apatah lagi gejala buang bayi terus berlaku. Dalam bulan lalu, 1 kes bayi dilaporkan dan angka ini dijangka meningkat.

Beliau turur mendedahkan,gejala pembuangan bayi in banyak di pengaruhi faktor bimbang rahsia terlanjur melakukan hubungan seks diketahui keluarga dan rakan,selain tiada tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat ,jagaan dan sokongan moral daripada masyarakat.Apa yang jelas kebanyakan remaja yang mengandung anak luar nikah itu tetap melakukan perbuatan kejam berkenaan walaupun menyedari perbuatan membuang bayi yang baru dilahirkan menyalahi undang-undang,"katanya.

Hakikatnya,kes pembuangan bayi membabitkan remaja mengandung anak luar nikah adalah antara masalah sosial parah mesti ditangani segera dan perlukan pendekatan serius.Impak yang ditimbulkan bukan kecil tetapi lebih banyak buruk,termasuk mengenai kesihatan remaja itu sendiri apabila hamil ketika usia masih terlalu muda  atau berdepan dengan risiko kehamilan awal.

  Kesan psikologi kehamilan pada remaja yang belum berkahwin adalah jelas. Remaja mungkin terpaksa menyesuaikan diri menjadi bu, dan menghadapi cemuhan masyarakat. Jika remaja berkahwin, kemungkinan besar perkahwinan itu tidak kekal.Kesan psikologi pada remaja dan kanak-kanak adalah berkekalan. 

  Fakta turut membuktikan lebih muda ibu hamil maka lebih serius akibat fizikal kehamilan itu. Malah masalah kehamilan, kelahiran dan keguguran adalah sebab utamaa kematian wanita berumur antara 15 tahun hingga 19 tahun akibat kehamilan remaja.Kehamilan dan kelahiran oleh ibu remaja juga mebawa risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kehamilan oleh wanita dewasa.Selain itu, hamil ketika remaja memberi pelbagai kesan negatif terhadap golongan remaja terbabit.

Ketika mengandung remaja berkenaan berisiko tinggi memepunyai kurang darah (anemia) disebabkan  pemakan yang tidak seimbang atau teratur.Mereka juga berisiko melahirkan bayi pramatang serta menghidap pre-klampsiaPre-klampsia adalah keadan apabila seseorang mempunyai darah yang tinggi serta kencing kotor (protein dalam urin). Pre-klampsia jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan juga bayi.
Kebanyaka remaja yang mengandung tidak hadir ke klinik untuk membuat pemeriksaan anteanatal kerana malu ingin merahsiakan kandungan, tidak faham proses kehamilan atau kesempitan wang. ini menyebakan semua risiko itu dikesan pada peringkat yang lewat.
  Remaja juga mempunyai tulan pinggul yang lebih kecil menyebabkan kesukaran melahirkan anak. Risiko untuk mereka melahirkan anak secara pembedahan adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang lebih dewasa.

  Selain kesan negatif terhadap pekembangan fizikal, kehamilan remaja juga memberi impak begatif terhadap kesihatan mental serta sosial mereka. Remaja yang mengandung sering kemurungan disebabkan tekana emosi akibat pandangan seseorang masyarakat setempat terutama mereka yang belum berkahwin.Mereka juga kurang berkeyakinan diri disebabkan ketiadaan pekerjaan yang stabil serta kurang peluang untuk meneruskan pengajian berbannding yang lain. 

  Hubungan bebas seks luar nikah juga boleh menyebabkan remaja terbabit menghidap penyakit kelamin seperti sifilis, HIV dan Hepatitis B. Justeru,beliau menyarankan pendedahan mengenai bahayanya seks rambang atau luar nikah harus ditekankan kepada setiap remaja. Mereka wajar diingatkan berkali-kali untuk menghindari seks sebelum berkahwin , disamping itu perlu diberi pendedahan mengenai kaedah pencegah kehamilan seterusnya membawa kepada penguguran haram atau buang bayi. 

 Dr.Nur Azura tidak menafikan, isu kehamilan remaja adalah isu yang hangat diperbincangkan saban hari. Tidak dapat dinafikan isu itu perlu ditangani dari pelbagai aspek oleh pihak terbabit.katanya, remaja perempuan haruslah lebih bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri. Mereka perlu mengelak daripada melakukan hubungan luar nikah. Mereka juga harus berani serta bersikap tegas menolak permintaan pasangan untuk melakukan hubungan seks luar nikah.

  "Remaja perempuan belum berkahwin sesungguhnya tidak perlu membuktikan cinta denga menggandai kehormatan mereka.Mereka harus sedar, pasangan yang baik tidak akan memaksa atau meminta mereka melakukan perbuatan terkutuk itu.Sebalinya, pasangan yang baik akan sentiasa menjaga kehormatan mereka sewaktu bercinta mahupun selepas berkahwin.Adalah lebih baik simpan kehormatan diri sehingga berkahwin denga pasangan yang dicintai.

 "Bagi remaja lelaki, elakkan diri daripada mensia-siakan orang yang meletakkan kepercayaan pada mereka.Fikr dulu sebelum melakukan apa-apa. Jangan melakukan sesuatu pada seseorang seperti mana anda tidak mahu orang lain melakukan pada saudara perempuan anda atau anak anda sendiri."nasihat Dr Nur Azurah,Perunding Jabatan Obstetik dan Ginektologi, Pusat Perubatan, UKM.

INFO


ANTARA RISIKO KEHAMILAN AWAL:-
  • Kematian akibat toksimei 3,5 laki lebih tinggi
  • Pertumbuhan ibu remaja munkin terganggu terutama ketidakseimbangan terhadap pelvis(saiz pelvis lebih kecil dari saiz kepala bayi)
  • Berkemungkinan mengalami anemia ketika hamil.
  • Tempoh kelahiran adalah panjang boleh memudaratka kesihatan ibu dan bayi
  • kematian kehamilan ibu adalah 60 % lebih tinggi berbanding wanita dewasa

        ANTARA RISIKO BAYI DILAHIRKAN IBU REMAJA :-

        • Kematian bayi 2.4 kali lebih tinggi di Amerika syarikat
        • Kematian bayi berumur kurang daripada setahun adalah 3 kali ganda lebih tinggi untuk anak yang dilahirkan ibu remaja,
        • Berat badan bayi rendah, berkemungkinan besar sakit dan mati.
        • Bayi kurang sihat.
        • Kelahiran bayi cacat seperti terencat akal,sawan, rabun ,pekak,dan kecacatan kognatif.
        • Bayi mengalami kekurangan zat besi di awal pertumbuhannya.

        BAGAIMANA ANDA TAHU ANAK HAMIL?
        PERHATIKAN TANDA-TANDA SEPERTI BERIKUT:-
        • Tidak datang haid.
        • Pendarahan vagina yang luar biasa.
        • Loya atau muntah.
        • Payudara terasa sakit atau membesar.
        • Letih atau pening.
        • Perut semakin membesar.
        • Jangkitan saluran air kencing.
        • Perubahan berat badan.




        bahagian yang ina higlight tu...antara point-point dia...k selamat membaca. tq kerana sudi


         (sumber petikan : berita harian sabtu 19 februari 2011)









        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        :: study owh study ::

        Assalamualaikum....
        hahaha...sebelum cerita biar ina ketawa dulu...
        aduh lawak betul hari ni,
        sebelum gi sekolah kami pusing je ke malau nak g pekan hari kejap la kononnya
        ....urm elok sampai je depan balas polis tu...
        2 org abg polis ni panggil la pula,xpasal2 kena kan,,,
        dah la lesen x bawa,ic pun x bawa..tambah2 pula helmet pun tak pakai la..
         puas ina ngan kawan ina si 0gy ni perayat dekat abg polis tu selamat terlepas..
        di tanya nak mana sebenarnya kami cakap nak g buh minyak la.. 
        pastu nak g sekolah study..
        urm lepas dah budibicara tu kitaorang ni terlepas..
        xpasal2 kena p isi minyak sekali lagi,sebelum pi tu dah isi rm2.
        lepas tu g la isi minyak cakap kat pakcik tu nak isi rm1 je boleh tak... 
        pastu dia isi je,ina tengok dia boh dah dekat rm2 cakap "pakcik seringggit je la" dia cakap
         "ha 2 ringgit?" "x la singgit" "oow..3 inggit" 
        " bukan la s.a.t.u. ringgit" ina cakap..
         tapi dah terlajak buh dah pun...
        last skali tanya kena brapa pakcik xpa singgit dah la.....
         kan dah penuh minyak moto kakak aku nih..
        pastu kami pun teruskan niat kami pergi sekolah study..


         ni muka budak2 yang x ketahuan..

         jadi betul la...termasuk ina







        "study biar lepak,result biar gempak.."


        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        Thursday, February 17, 2011

        :: Bagaimana untuk mengenali tekanan mental? ::

        TIP BELAJAR CEMERLANG


        Sape yang mengalami tekan mental??hahahaha.....biasa la time study ni macam-macam tekanan boleh dapat.,kita kena pandai menguruskan  sendiri la.banyak la membaca buku motivasi ke ceramah ke atau apa-apa artikel yang boleh bantu kita,tudak pun pergi la minta bantuan sesiapa yang boleh bantu,,,lebih kurang macam ina la..

        apakah itu tekanan mental?
        Tekanan mental adalahtindak balas individu terhadap suatu peristiwa yang berlaku,yang memerlukan individu tersebut membuat penyesuaian dalam diri @ persekitarannya.Tekanan mental adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita dan ia sebahagian daripada kehidupan harian.

        Adakah tekana mental selalu mendatangkan keburukan?
        Tidak semua tekanan mental mendatangkan keburukan.Tekanan mental yang sederhana adalah baik kerana ia mendorong kita menjadi lebih bermotivasi dan cergas.Tetapi tekanan mental yang berlebihan boleh menganggu kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dan menyebabkan penyakit seperti gastrik,jantung,dan penyakit saluran penafasan.

        Bagaimana menganali tekanan mental dalam diri anda?
        Ada beberapa gejala yang menunjukkan anda mengalami tekanan mental.Apabila tekanan mental atau stres bertambah di dalam diri seseorang ,ia akan sering mencari jalan keluar melalui tindakan atau perlakuan yang mengikut emodi.Tanda-tanda tekanan mental yang dialami berbeza, bergantung kepada personaliti individu tersebutdan pengalaman masa lalu.

        gejala tekanan mental yang sering dialami merangkumi aspek :-


        PERASAAN

        • Merasa cepat marah
        • sentiasa merasa cemas dan bimbang
        • mudah letih dan kurang daya motivasi
        • mudah terkejut dan cepat bosan serta hilang minat
        • berasa cepat putus asa.
        • sukar untuk bergembira dan ketawa.
        FIKIRAN
        • Fikiran bercelaru
        • Kurang daya tumpuan
        • Takut gagal
        • Menjadi pelupa
        • Sukar membuat keputusan.
        TINGKAH LAKU
        • Cenderung bertindak secara melulu.
        • Hilang selera makan @ makan secara berlebihan.
        • Tabiat merokok yang meningkat.
        • Penggunaan alkohol @ ubat-ubatan berlebihan.
        • Mengalami masalah gangguan tidur
        • Suka mengasingkan diri.
        FIZIKAL
        • Sering sakit kepala
        • sakit ulu hati
        • sering mengalami sakit dada dan berdebar
        • sukar bernafas
        • Rasa loya.
        • Sakit sendi-sendi dan otot.
        • Kering mulut dan kerongkong.
        • Kerap kencing.
          Jika anda mengalami tanda-tanda tekanan mental yang berlebihan, jangan biarkan ia berterusan yek..hehee.Anda (termasuk ina) perlu mencari cara menghadapi tekanan mental...jangan biar lama-lama tau,nanti penyakit lain pula yang datang.. so sekarang periksa diri anda dimana tahap yang anda sedang mengalami...




        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        Wednesday, February 16, 2011

        :: Peta Minda / Nota Pelajar Cemerlang ::

        Hari ni ada sesi motivasi dekat sekolah untuk pelajar-pelajar ppu.kami di ajar tentang cara pengurusan masa,dan peta minda..kat sini ina nak kongsi sikit la apa yang ina dapat tetapi tidak la kesemuanya sekali,setakat yang termampu je la ek.


        • Peta minda dan belajar menggunakan kedua-dua belah "otak"                                                                 ~ pelajar cemerlang akan menggunakan kedua-dua belah otak dalam pembelajaran.                                                                                          ~ Otak manusia / pelajar mempunyai dua bahagian utama,iaitu otak kanan dan otak kiri.                                                                        ~otak mempunyai ciri-ciri berikut :-


          
        CIRI OTAK KIRI
        CIRI OTAK KANAN
        ®     MATEMATIK
        ®     KESELURUHAN
        ®     SAINS
        ®     KREATIF
        ®     KOMUNIKASI
        ®     INTUISI
        ®     PERANCANGAN
        ®     PERASAAN
        ®     URUTAN
        ®     MUZIK
        ®     ANALITIK (perbandingan)
        ®     SENI
        ®     LOGIK
        ®     MELIHAT APAYANG TERSIRAT
        ®     BERTINDAH BERDASARKAN PERKARA YANG DILIHAT
        ®     BERTINDAK BERDASARKAN PERKARA YANG TERSIRAT
        ®     PENGELOLAAN (MENGURUS KEHIDUPAN)
        ®     CORAK
        ®     MENGULANG
        ®     TIADA HAD
        ®     BERTINDAK SECARA TERBATAS
        ®     RITMA
        ®     JELAS
        ®     IMAGINASI
        to be continue k good nite..

        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        Tuesday, February 15, 2011

        :: Qiamullai- Malam Maulidur rasul::

        Ya Allah 1st time rasa camni....
        malam 12 rabilulawal 1439 kitaorang ada program qiamullai kat masjid khairiah masing2,,
        satu malam penghayatan yang baik untuk ina la..
        ina x rasa  mengantuk dengar ceramah malam tu..
        kami tidor dekat masjid bagan sena la,
        pikul 11.30 mlm masuk bilik tidor..
        ina tak boleh tidor sebab memang susah nak tidor..
        last sekali paksa juga diri tidur walaupun hanya lagi 10 minit nak bangun..
        itu baru la namanya qimullai bangun seketika selepas tidor..
        dengan semangatnya ina bangun bersihkan diri then terus masuk masjid..
        1st buat solat tahajjud,then taubat,hajat,witir..
        solat kali ni rasa lain sangat ntah kenapa...
        selepas selesai solat kami baca doa,,
        time baca doa ni la ina mengalirkan air mata,,
        sesiapa yang menghayati doa yang dibaca pasti akan keluarkan air mata..
        tersedar dengan kelemahan diri sebagai seorang hamba,seorang anak yang x pernah lari dari melakukan dosa..
        subhanallah..
        ina mula teringatkan mak ayah,,cikgu.. 
        sambil ina tengok wajah cikgu2 yang ada menitis air mata..
        jasa mereka yang mungkin x dapat dibalas..
        ina x pandai nak tunjukkan rasa kasih dan sayang ina dekat mak ayah..
        ina x boleh nak menagis depan mereka..
        tapi bila mulanya doa tentang kedua ibu bapa diri mula rasa bersalah..


        to be continue...

        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        Friday, February 11, 2011

        :: carikan buku nih...

        BILA ALLAH MENDUGA KITA..
        ina nakkan buku ni sape ada??mintak pinjamkan cepat..


        ina ada buku ni nak pinjam...
        ina baca x abes lagi nanti ina story k..
        Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah


        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        Monday, February 7, 2011

        :: Rahsia Ais dan Air Sejuk ::

        بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
        Assalamualaikum..
        rahsia tentang ais dan air sejuk.,banyak2 minum air ek sekurang-kurangye 5 gelas sehari..
        k kita teruskan  dengan topik kita k,.

        • air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidor) agar dapat kembali tidur semula.
        • orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi dalam jangka masa panjang.
        • liputan ais di Antartika (kutub selatan) dan Artik ( kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
        • kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

        • ais @ air sejuk dapat mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan
        • ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka.
        • air sejuk @ ais dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang takut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yg mempunyai potensi sawan.
        • air sejuk adalah terapi yg amat popular sebagai penguat tulang yang patah dgn syarat ia dibalut dgn kain hitam.
        • air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik utk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dgn lebih cepat.
        • air suam dgn rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
        • makruh mengambil wuduk pada suhu yang tinggi @ yang terkena panas cahaya matahari yg pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.
        • air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yg mengalami gangguan jin @ dikuasai unsur spiritual yang jahat.
        • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
        • Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.
        • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
        •  Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
        •  Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
        •  Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.
        •   Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.
        •  Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
        •  Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
        • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
        •  Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.    
        • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
             
        ops sebelum tu,pernyataan ni ina ambil dari surat khabar..

        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        Sunday, February 6, 2011

        :: Terkilan..!!!! ::

        S edikit rasa terkilan hari ini, aku tak dapat lemparkan senyuman lagi dekat ..c..ni . sebenarnya atas kesalahan diri sendiri yang terlalu over, aku pun tak sangka isu macam ni boleh timbul. seperti yang kawan-kawan tahu perangai aku,yang jenis peramah sangat,baru kenal seminit dah macam kenal setahun,satu lagi aku ni lebih suka berkawan dengan orang yang lebih dewasa,then rapat dengan cikgu.

         2011 ni pula dah beri satu  konflik aku dengan seorang cf ni. aku tak tahu pula sampai boleh jadi macam ni.
        Tahun ni aku rasa hidupan tu lebih perit,.untuk aku lalui dalam liku-liku tingkatan6 ni, tapi bila dah tengok muka cikgu-cikgu setiap hari rasa semangat untuk belajar..

        riak wajah diorang memberi satu ketenangn dalam hati walaupun dalam kegelisahan.. aku nak mintak maaf dengan cf ni tapi aku malu,nak berdepan pun rasa macam dah tak sanggup lagi.mesej yang cf tu hantar pun aku tak balas bukan apa aku malu ja..aku menyesal. apa aku nak buat??urm.. kalau la dia baca ni..ina nk

        CF MAAFKAN SAYA..
        1000 KALI KEMAAFAN SAYA MOHON,
        SAYA TAK NAK JADI ANAK YANG DERHAKA.
        SAYA TAK NAK JADI PELAJAR YANG DERHAKA,
        SAYA TAK NAK JADI ADIK YANG DERHAKA.
        SAYA TAK NAK JADI KAWAN YANG DERHAKA,
        SAYA TAK NAK ADA MASALAH APA2 LAGI..
        SAYA JANJI TAK BUAT LAGI.
        SAYA TAK NAK ADA PERSENGKETAAN LAGI..
        HELLLLLPPPP MEEEE...!!!!

        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        Saturday, February 5, 2011

        :: sELaMat pAGi ::

        terjaga awal hari nih..
        tapi buka hari ni je sejak dua menjak asyik terjaga awal.,
        tapi tu dia la jaga ja awal bangun xmaw pula,
        apa nak jadi la..
        urmmmmmm
        kenapa ha?
        nak tidur pun susah,xnak ngantuk pula tuh,,
        tapi mata dah rasa pedih nak pejam dah,
        bila letak kepala ja x mau plak dah ngada betul la..


        ha..
        kejap lagi pukul 8.30 pagi ina nak gerak ke sekolah,
        nak pergi study la,
        dok umah banyak sikit gangguannya,faham2 je la kan..
        ish tiba2 rindu pula kat kengkwan..



        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        :: kENaPa x BoLEh FokuS?? ::

        aduh runsing hati ni,
        kenapa la xboleh fokus ngn kerja yang WAJIB di buat nih??
        aaaaaaaarghhhhh..
        rasa geram nak marah pun ada..
        dah banyak lagi keja nih?
        cari jawapan smuanya xjmpa,lepas tu mula nak maki hamun kat internet ni.
        padahal aku sendiri yang x tau mencarinya..
        huhhu :"(
        ntah apa yang difikirkan lagi.
        tapi hari ni kawan2 dah boleh mengukir senyuman ni bibir ina..
        rasa seronok dalam kesdihan..
        itulah namanya kawan yang sentiasa jadi penghibur hati..
        thanks,
        tolong..tolong..tolong..
        apa yang nak ditolongkan??
        itu adalah kesalahan diri sendiri?
        ah tidak lagi ina jangan kau fikir benda yang x perlu difikirkan..
        tapi kalu dia asyik bermain difikiran ja camna??
        urm...payah2 sangat pergila ambil wuduk,dan solat camna kau buat kat sek..
        hurmm.,,,camtu la ina setiap kali kat sekolah waktu akhir2 tu
        kalau ina rasa x boleh fokus dalam kelas..
        rasa serabut kepala otak ni,,
        ina akan minxa izin ngn cg utk pergi surau..
        salah satu jalan penyelesaian dari ina..
        lepas pada tu baru ina masuk kelas..
        barulah terasa sikit keredaannya tu..
        kalau x x tahu apa yang difikirkan.
        ina pun saran juga untuk kengkawan,kalau rasa camtu cepat2 ambil wuduk dan solat.
        bagus tu..
        kita ingat Allah s.w.t.
        tpi jganla hanya ingatNYA diwaktu kita dalam kesusahan dan kgelisahan..
        jika kita selalu ingat DIA,DIA pun akan ingat kita selalu..
        sentiasa di beri perlindungan kepada hambaNya.


        ✿ Realiti Kehidupan ✿

        Thursday, February 3, 2011

        :: kEkecEWaAn MeNDAmpINgi diRI...!! ::

        T_T
        saya x tahu sama ada saya dikecewakan @ saya yang mengecewakan...
        hati saya sangat parah dgn apa yg diperkatakan,
        sya xboleh fokus bila buat kerja,sya tringat2.
        YA ALLAH BERI PERLINDUNGAN KEPADA HAMBAMU INI..
        sya dah xtahu apa nak buat.
        pergi picnic pun dah x boleh nak epy..
        terbayang2 lagi...
        maafkan saya jika saya yang salah..
        saya xdak bf sbab sya dah janji dgn diri sya slagi sya x abes sek saya xkan..
        sebab pernah ada kisah silam dalam family saya sebab tu saya nak jauhkan smua..
        demi mak ayah saya..
        bukan xda org yang nak kawan ngn saya..
        tolong fahami saya.
        tolong ubati sya..
        jauhkan segala persengketaan di antara kita.. :'(

        ✿ Realiti Kehidupan ✿